Facebook Twitter Email

 

Sebelum berkahwin, saya bertanyakan satu soalan kepada ramai orang, “Boleh berikan satu sahaja tips untuk rumah tangga?”

Kenapa saya minta satu sahaja tips? Supaya saya dapat tips yg paling penting. Terlalu banyak tips juga adalah tidak berguna.

Yang mengejutkan, hampir semua memberikan satu jawapan yang sama iaitu ‘Sabar’. Sudah tentu bila itu tips yang diberikan, saya terfikir ‘Adakah selepas berkahwin, pasangan kita akan menjadi sangat teruk hinggakan kita terlalu memerlukan kepada kesabaran?’

Selepas berkahwin, barulah saya faham kenapa perlu sabar. Bukan kerana pasangan saya teruk, sebab pasangan saya terlalu baik dan romantik (hey, kami dah tiga kali honeymoon dalam masa 4 bulan :P). Sabar penting untuk memberikan masa kepada kita mengenali dunia jantina yang berlainan, yang kita masih belum biasa. Berkawan dengan jantina lain tak sama dengan berkahwin dengan jantina lain. Berkahwin adalah untuk tempuh segalanya bersama. Sabar akan ajar kita suspend our judgement first untuk beri ruang pada pasangan menjadi diri sebenar dan beri ruang pada diri kita terima seadanya.

Sabar penting untuk kita semakin mencintai dan semakin romantik. Sebab kadang-kadang, tak semua usaha kita untuk menjadi romantik dilihat sebagai romantik oleh pasangan. Sabar~ :)

 

Di sini adalah 7 tips praktis untuk menjadi lebih sabar :

1. Kira hingga 10. Ini sangat berguna. Bila ada facebook, ramai orang terlalu cepat nak memberikan pandangan dengan menulis status atau memberikan komen. Sedangkan dalam perkahwinan, kita perlu ada sifat ‘suspend our judgement first’. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dalam perkahwinan boleh punah terus rumah tangga. Bukankah antara punca utama penceraian ialah masalah komunikasi?

 

2. Tarik nafas. Kami hidup PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Baru-baru ini, saya travel ke benua pasangan saya, dan ia memerlukan hingga lebih sehari untuk sampai ke sana menaiki kapal terbang. Jadi, kami berhubungan dengan Skype. Terima kasih pada Niklas Zennstrom kerana menjadikan hubungan jauh kami seakan dekat. Kadang-kala, apabila pasangan saya memerlukan ketenangan dari kesibukan hidup, kami akan tarik nafas dalam-dalam, sama-sama. Ini membantu.

 

3. Kesan tanda marah. Kami belum mencuba cara ini lagi. Tetapi, kalau kita perhatikan sama-sama, hampir setiap dari kita ada satu tindakan yang sama setiap kali marah. Contohnya, akan lihat ke tempat lain sebab tak mahu tengok orang yang kita marah tu. Atau, kita akan menggenggam-genggam tangan. Apabila berlaku sahaja tanda-tanda itu, terus cakap pada diri ‘Okay, ini tanda nak marah. Inilah masanya untuk tidak marah’. Saya percaya kita perlukan latihan untuk kesan tanda marah.

 

4. Apa ibu/ayah saya akan lakukan? Cara ini tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai ibu bapa yang kurang memberikan contoh baik. Tetapi, bagi mereka yang menjadikan ibu bapa sebagai contoh, apabila berlaku situasi menekan sahaja terutama kepada pasangan, fikirkan ‘Apa yang ibu/bapa saya akan buat bila dalam keadaan macam ni?’ Kalau ibu kita akan terus buatkan kopi kepada ayah bila ayah nak marah, itu satu perkara yang perlu kita contohi. Kalau bapa kita terus akan tutupkan televisyen bila ibu kita sangat memerlukan beliau, itu yang kita patut contohi. Tetapi, jangan mengeluh kalau ibu bapa kita tidak memberikan contoh yang baik. Mulakan dari kita, demi anak-anak.

 

5. Gelak dan senyum. Saya ada dua orang guru. Guru pertama selalu cakap kat saya ‘Bukan senang nak gelak bila ada masalah’. And, i found it hard initially. Tetapi selepas beberapa waktu melatih diri, saya kini semakin boleh gelak bila ada masalah. Saya tak tahu apa perubahan neoron/ion/hormon yang berlaku bila kita tukar dari masalah kepada gelak, apa yang saya tahu ialah saya semakin lega. Is it denial bila kita gelak waktu ada masalah? Saya tak fikir begitu, kerana saya percaya gelak bukan penyelesai kepada masalah, tetapi ia adalah pintu kepada bersedia untuk selesaikan masalah. Guru kedua pula sangat suka senyum. Suatu hari saya bertanyakan kepadanya ‘Apa tips untuk selalu senyum?’ Dia cakap, ‘Selalu lihat orang yang dibawah kita’. Bila marah, kadang-kala kita rasakan pasangan kita itu adalah pasangan paling teruk dalam dunia yang pernah dilahirkan. Tetapi, kalau kita tengok rumahtangga orang lain (hey hey, tak elok compare2 sebenarnya. Ini worst case. Hihi), kita akan makin bersyukur dengan pasangan kita. Atau sekurang-kurangnya, tengoklah pasangan tipikal dalam drama melayu. Bukan yang cintan-cintun, tapi yang jenis teruk-teruk. Kemudian, senyumlah dan syukurlah dengan pasangan kita. After all, kita juga tak sempurna.

 

6. Tukar posisi. Bila kita rasa nak marah, apa yang kita boleh buat ialah tukar posisi. Kalau sedang berdiri, terus duduk. Kalau sedang duduk, terus baring. Kenapa ini membantu? Kerana kita telah mengubah state kita. Bila kita ubah physical state, ia akan effect emotional state kita. Sebab itu kita tengok orang yang marah biasanya dia akan berada dalam denial state. Sebab dia tahu denial state akan membantu dia untuk tidak perlu ubah state menjadi lebih rasional dan penyayang.

 

7. Berwuduk. Bila kita berwuduk, ada beberapa perkara yang berlaku. Pertama, kita semakin mengingati Tuhan. Layak ke kita marah bila kita tahu kita juga makhluk Tuhan yang tidak sempurna? Kedua, air yang membasahi anggota badan akan menyegarkan kita. Freshness is important. Sekurang-kurangnya, akan jadikan rupa wajah kita tak serabut dengan rambut yang makin basah dan lawa. He He. Ketiga, kita perlu berjalan untuk ke tempat ambil wuduk. Ini selari dengan tips no 6, iaitu tukar posisi.

 

Bonus Tips : Bercintalah. Daripada memberikan reaksi marah, apa kata berikan reaksi cinta. Pasangan kita tak mahu layan kita elok-elok? Pasangan kita tak faham kita? Bercintalah. Itu sebaik-baik penyelesaian.

Selamat mencuba ! :)

 

http://www.frontallove.com

Related posts: