Facebook Twitter Email

 

 

 

Da’ie-da’ie manja..
Dan mengada-ngada..
Saya tidak mahu bersekongkol dengan anda..
Yang punya hubungan sulit dengan syaitan..
Bergelumang dengan najis-najis korea..
Hadas ikhtilat tiada batasan lelaki wanita..
Bahkan ikhtilat sesama ikhwah akhawat..

Da’ie-da’ie manja..
Dan mngada-ngada..
Allah bagi kaki dan tangan..
Untuk dimanfaatkan..
Bukan untuk tekan keyboard man game PES(Pro Evolution Soccer)..
Mahupun game tembak-tembak..
Berfacebook berjam-jam sampai tidur lewat pada waktu malam..

Da’ie-da’ie manja..
Dan mengada-ngada..
Teruslah kalian tidur dalam buaian..
Kerna kalian yg menentukan..
“siapa kalian pada masa hadapan”

Dan yang pasti, yang mahu akan terus melaju
Yang malas akan semestinya tewas
Islam akan tinggi menjulang
Bersenang-lenang sekarang
Menangis menyesal hari kemudian

 

Hafiz Hasyim

Cairo

 

Related posts: