Dilema Perubahan
Pernah suatu ketika kita begitu bersemangat untuk merubah diri kita keluar daripada lembah kejahilan bila taujihat-taujihat ataupun pengisian-pengisian daurah menyentap perasaan dan hati kita untuk melakukan perubahan ke atas diri kita.
Muwajih mampu mencetuskan perasaan dan rasa ingin berubah itu dalam diri kita.
Tapi hakikatnya yang menanggung sengsara jiwa dan perasaan adalah kita kerana kitalah yang ingin melakukan perubahan itu.Dan perubahan itu menuntut pengorbanan yang sangat besar dalam diri kita dan memerlukan istiqomah yang tinggi.
Nabi sendiri apabila mendengar ayat daripada Allah “maka tetaplah kamu” beliau terasa berat kerana istiqomah itu lebih rumit dan payah daripada kita memulakan sesuatu amal itu.
Maka kita dilema dan mula goyah,samada nak berubah atau tidak.
Kerana perubahan itu memerlukan kita untuk korbankan movie,anime,game,drama-drama korea dan pelbagai lagi jenis jahiliah yang merebak diluar sana.
Perasaan kita untuk berubah semakin mengendur,kerana kita cukup selesa dengan aktiviti seharian yang sebegitu,kita tak mahu kepala kita diserabutkan dan dipeningkan dengan memikirkan bagaimana untuk merawat dan membangkitkan umat yang kian melarat.
Kita memberikan alasan bahawa kita tak cukup bersedia untuk melakukan transformasi.Takut-takut transformasi itu memakan diri kita.
Dan semakin lama perasaan ingin berubah itu berlalu pergi dan hilang begitu sahaja.Perasaan itu akan timbul naik.
Persoalannya adakah benar hidup dalam kejahiliahan itu merupakan satu nikmat?Dan menjadi daie yang memikirkan bagaimana untuk mengislah umat itu satu perkara yang berat lagi susah?
Pernah seorang murabbi berkata “sebenarnya orang yang hidup dalam jahiliah itu yang lebih sengsara jiwanya kerana dia akan sentiasa memikirkannya,selesai solat fardu maka dia akan kembali pada amalannya itu, apabila bertembung amalan kebaikkan dengan amalan jahiliah dia akan mengutamakan jahiliah tersebut kemudian sesal tak sudah,apabila dipisahkan buat sementara waktu dia mula tidak senang duduk”
Dia sambung lagi “berbeza sangat dengan mereka yang sudah bebas dirinya dari jahiliah,kita akan lihat hidupnya penuh ketenangan dan diberkati,gerak gerinya penuh dengan hikmah,kata-katanya menggambarkan keikhlasannya pada Allah”
Kita perlu muhasabah dan bertanya dalam diri kita.
Adakah kita masih suka dengan apa yang kita suka?Atau kita suka dengan apa yang Allah suka?
Adakah kita mengharapkan pandangan manusia dalam perubahan?Atau kita hanya mengharapkan pandangan Allah?
Dan perubahan itu tiada jalan tengah ataupun pencampuran antara keduanya,kenapa?Ok kita bayangkan situasi ini..
Tengah berdating tiba-tiba azan berkumandang,ajak si lelaki “jom kita solat”,erkk…serius itu satu benda yang sangat awkard..pasti hati sebenarnya tak tenang waktu solat tu.
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.” (At-Taubah: ayat 111)
Ya mengikis karat jahiliah itu memang sakit,tapi berhikmahlah dalam melakukannya.Minta pertolongan pada meraka yang sudi membantu,berjinak-jinaklah dengan buku yang membina thaqafah islami,tadabburlah al-quran bila kefuturan mula menjelma,dan binalah sedikit demi sedikit tarbiyah dzatiyah dan akhirnya kita mampu berdiri sendiri menongkah dunia yang penuh dengan jahiliah dan turut membantu mereka yang memerlukan.
Bagi mereka yang tidak kuat dirinya,sertailah bulatan gembira kerana ia akan membantu dan menyokong diri anda.
Jadilah MURABBI untuk semua orang kerna umat memerlukannya.
“Syurga itu mahal nilainya”
Syamil
http://menggapaipuncak-7.
