Berubahlah,walaupun sangat sukar
Pada suatu hari, seperti biasa aku log in ke account facebook. Takut-takut ada berita penting. Biasa la zaman sekarang semua online. Tengok notification. Alhamdulillah, tiada apa yg terlepas. Tiba tiba aku rasa ingin mencari seorang kawan lama. Cari dan cari. Tetapi, agak menyedihkan.tak jumpa. Agaknya dia belum punya fb. Seorang kawan yg baik,yg pernah menjadi tempat aku mengadu masalah ketika buntu dan selalu memberi nasihat.
Allah. Tiba tiba rasa rindu bertamu di hati.Entah kenapa sejak akhir akhir ni, aku selalu teringatkan dia.Memandangkan masa yang agak suntuk, aku log out. Takut juga berlama lama di fb, takut menambah penyakit hati.
Beberapa hari kemudian aku buka fb balik. Tengok, ada friend request.aku buka. Ya Allah. Dia. Kawan lamaku. Kawan baikku. Terus senyum sampai telinga. Aku terus accept. Tidak lama kemudian,kebetulan aku on chat, dia menyapa.“salam, ni ……..ke?” dia menyebut nama penuhku.
Aku menjawab, “yer, betul betul. Saya la ni”
“Lama tak jumpa. Lama tak dengar khabar” dia menyambung.
Aku senyum sendiri. Dalam hati, aku berkata. Ya,sangat lama .
Tiba tiba rasa kesal bertamu di hati. dulu, aku tidak faham apa itu bersahabat kerana Allah. Dan aku selalu mensia siakan nasihat dia. Sekarang, tiba tiba aku rasa rindu. Rindu akan bulatan bulatan kecil setiap pagi jumaat.
Rindu akan ketukan ketukan pintu di pagi jumaat mengejutkan untuk qiamulaill.
Kami terus berbual-bual. Bertanya khabar. Berkongsi cerita. Berkongsi rasa.
“alya nampak tenang sekarang” dia menyapaku dengan panggilan mesra yang biasaku gunakan dengan sahabat sahabat.
“Post post alya di fb. artikel dan link yang dilah kongsikan.Alya nampak sangat tenang” kawan baikku itu menyambung.
“Alhamdulillah, platform untuk berubah telah tersedia. Rugilah Alya kalau tak ambik kesempatan” balasku dengan senyuman di bibir. Platform yang aku maksudkan ialah persekitaran di sekelilingku,bi’ah solehah, kawan kawan yang hebat, pensyarah pensyarah yg amat membantu. Keluarga yang tak pernah jemu mendidik.
“Alhamdulillah, moga Alya terus istiqomah. Teruskan Alya” dia memberi pesanan terakhir sbelum mengakhiri perbualan kami.
“doakan Alya yer” balasku. Aku memang sangat mengharapkan doa-doa orang di sekelilingku sebab aku tahu hati ini belum terpasak kukuh.Terikat teguh.
Kami berhenti chatting setakat itu memandangkan kekangan masa.Alhamdulillah hingga sekarang kami kekal berhubung.
Minda terlayar beberapa tahun ke belakang. Keputusan UPSR yang baik melayakkan aku masuk ke salah sebuah sekolah agama yang agak hebat. Abah beriya iya mahuku ke sana.Pada mulanya aku menolak. Aku enggan berpisah dengan umi. Tapi, tiada siapa yang mampu menghentikan keinginan abah. Akhirnya aku pergi.Dengan paksa rela.
Bertahun tahun aku di sana. Melaksanakan peraturan peraturan bukan dengan kerelaan hati. Tapi dengan rasa memberontak. Kebanyakkan yang aku lakukan bukan dari jiwa apatah lagi dari hati. Mana mungkin ikhlas akan tercapai.
5 tahun aku di situ. Menimba ilmu. Dunia dan akhirat. Tapi sayang, aku tidak mempraktikkan. Belajar hanya sekadar belajar. Mengikhlaskan niat kerana Allah jauh sekali.
Menghadiri ceramah ceramah dengan rela hati boleh kubilang dengan jari.
Meletakkan sepenuh hati ketika solat hanya pada musim peperiksaan. Allah. Jahilnya aku dulu
Keputusan SPM yang agak memuaskan membolehkan aku diterima masuk ke UIA untuk asasi bahasa inggeris. Hari pertama aku di kampus, aku ditempatkan dalam sebuah dorm bersama pelajar pelajar dari kos yang berlainan. Kebanyakan mereka adalah dari sekolah agama. Sepertiku.
Bezanya,mereka adalah orang orang yang istiqomah dengan apa yang diterapkan di sekolah dulu. Bukan hanya belajar, tapi mempraktikkan.Bertudung bukan hanya bertudung tapi bertudung mengikut syariat.
Setelah beberapa bulan, kami semakin rapat. Mengenal hati budi masing masing. Dan, mereka member impak yang besar dalam diriku. Setiap kali keluar, mereka akan berstokin, menutup aurat dengan sempurna. Pada mulanya aku hanya mengikut kerana segan dengan mereka. Tapi, lama kelamaan ianya menjadi kebiasaan. Hingga aku rasa tanpa stoking,tudung dan baju yang labuh, aku seolah olah tidak lengkap, janggal,dan malu untuk keluar. Seolah olah begitu banyak mata yang memperhatikan apa yang terzahir.
Dan mereka bukanlah orang yang rigid tentang agama. Meletakkan syarat dalam persahabatan. Mereka tidak pernah membeza bezakan. Menegur apa yang tidak kena dan mengajar apa yang tidak tahu. Membantu apabila diperlukan. Berusaha menjaga ikatan.
Yang paling penting, mereka mengajarku erti kasih sayang dalam persahabatan. Bersahabat kerana Allah.
Andai ingin aku coretkan terlalu banyak yang aku pelajari di sini.Tapi, yang aku mahu tekankan, bila mana hubungan dengan Allah itu dijaga, ketenangan itu pasti milik kita. Dan, ini adalah kunci ketenanganku sekarang wahai sahabat.
Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
Semua manusia boleh berubah.
Ambillah masa sebanyak mana yang diperlukan asalkan berterusan.
Kerana Allah tidak akan tanya adakah usaha kita berhasil tapi DIA akan tanya apa usaha yang telah kita lakukan.
Walaupun sangat pahit, sangat sakit untuk buang semua karat jahiliah dalam diri, bertahanlah. Kerana dunia ini hanya permainan, akhirat itu pasti.
Adilah Azureen
http://azureenahmed.blogspot.
