Facebook Twitter Email

 

Allah berfirman, “Wahai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”. [15:32]

Iblis menjawab “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam yang diberi bentuk”. [15:33]

Allah berfirman “Kalau begitu keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu yang terkutuk”. [15:34]

Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat [15:35]

Iblis berkata “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku sehingga hari manusia dibangitkan”. [15:36]

Allah berfirman “Baiklah, maka sesungguhnya engkau termasuk golongan yang diberi tempoh”. [15:37]

Sampai ke hari yang telah ditentukan (kiamat). [15:38]

Iblis berkata “Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, (maka) aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.
[15:39]

Kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka. [15:40]

Allah berfirman “Inilah satu jalan yang lurus menuju kepada-Ku. [15:41]

Sesungguhnya kamu iblis tidak berkuasa keatas hamba-hambaKu, kecuali mereka yang mengikutimu iaitu orang yang sesat. [15:42]

____________________________________________________________

Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang tercatat di atas, begitulah reaksi iblis apabila Allah s.w.t memerintahkannya supaya bersujud kepada Adam.

Iblis sombong. Tak nak ikut sujud sebab rasa dirinya lebih hebat.

Iblis derhaka. Tetap dengan pendiriannya yang secara terangnya sesat lagi menyesatkan dan mengundang murka Allah s.w.t

Iblis berani. Berani mengaku sesat dan sanggup dihalau keluar dari syurga sebab mempertahankan kesesatannya yang jelas lagi nyata.

Iblis juga berani sekali lagi. Berani memohon tempoh penangguhan sehingga hari kiamat. Tujuannya hanya satu, semesti mengindahkan maksiat di mata dan hati manusia.

Dan jawapannya,
Allah telah mengabulkan permintaan a.k.a doa si iblis tadi tu. Biarpun pada amatan kita mustahil untuk Allah mengabulkan permintaan iblis tadi, plus iblis tu dah mengundang murka Allah s.w.t. Tapi itulah kuasa Allah s.w.t. PerancanganNya mengatasi rancangan-rancangan yang lain.

Erk!? Tadi tu iblis kan?..
Doa dia dimakbulkan walaupun obviously sesat!.

Aku dan Kamu

Bagaimana pula kita?
Bagaimana pula aku dan kamu?
Bagaimana pula dia dan mereka?

Aku dan kamu, dia dan mereka yang telah bersaksi “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah”.

Aku dan kamu, dia dan mereka yang duk ligat post kat facebook status islamik, sharing islamic thoughts, akhbar islami and so on.

Aku dan kamu, dia dan mereka yang gigih baca quran walaupun kadang-kadang tersekat-sekat dan tergagap-gagap. Tapi tak serik-serik jugak.

Aku dan kamu, dia dan mereka yang busy mencari bulatan untuk mengisi hati-hati yang kosong. Tak cukup dengan bulatan kecik, kemas beg pergi travel jauh-jauh ikut abang-abang hensem dan kakak-kakak comel terjah bulatan yang lagi besar.

Semestinya,
doa kita akan didengar oleh Allah s.w.t. Cuma bezanya hanya masa.Boleh jadi akan segera dikabulkan, boleh jadi esok lusa dan boleh jadi bukan di sini. Mungkin bila dikabulkan di sana ianya lebih baik buat kita.

Yang tinggal hanyalah keyakinan kita pada Allah s.w.t. Sejauh mana kita membenarkan syahadah yang kita lafazkan itu yang penting.

Kalau ada terlintas sesuatu yang tak masuk akal, cepat-cepat tepis sambil bertanya pada diri sendiri “Adakah aku ini beriman?”

Penutup

Jadi, tunggu apa lagi?.. Jom kita doa banyak-banyak kat Allah s.w.t.

Jangan lupa juga untuk doa, mintak Allah s.w.t berikan peluang kita.Mintak Allah bagi kekuatan kepada aku dan kamu untuk terus tarik dia dan mereka supaya sama-sama kita berlari mengejar cinta Allah, supaya tidak ada yang ketinggalan di belakang.

Kita lawan balik iblis tadi jom. Dia minta untuk diberikan tempoh masa untuk menyesatkan manusia, kita pula minta diberi tempoh untuk mengajak manusia mencari cinta Allah. Allah mesti kasi punya.Terpulang kepada kita je nak ke tak nak.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka  (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.(2:186)

Kenapa saya katakan begitu?
kerana antara sedar atau tidak, aku dan kamu adalah daie.

“Man qola Laa Ilaha Illallah fahuwa da’ie”
“Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah’,maka dia adalah Da’ie.

Aku dan kamu tidak diciptakan untuk hanya bersuka ria,
Aku dan kamu bukan dilahirkan begitu sahaja,
Aku dan kamu dijadikan dengan bertujuan.

Dan tujuan itu adalah untuk menyembah Allah s.w.t, untuk sampaikan agama Allah s.w.t.Tak kira walau di mana kita berada, walau dengan apa jua cara sekalipun.

 

Abdullah Mujib

syababkasih.blogspot.com

Related posts: