Facebook Twitter Email

Suatu petang, di Taman Sukasuki.

“ Oitt.. asal muka masam macam tempoyak je ni?”, Mikail yang entah datang dari planet mana tiba-tiba je ambik port di sebelah Fiq.

“Tak lawak la bro. Spoil la.” Jawab Fiq acuh tak acuh.

Masing-masing membisu. Ramai pengunjung di taman hari ni. Meriah.Kelihatan beberapa kelompok family sibuk berkelah di kawasan berdekatan. Tampak jelas kegembiraan daripada wajah mereka. Angin petang yang bertiup lembut menghidupkan lagi suasana. Subhanallah.Cukup hebat aturan Allah s.w.t.

“Kenapa ni Fiq?” Mikail cuba masuk line. Kenal sangat dia dengan perangai Fiq ni. Ni mesti ada something yang tak kena ni.

Fiq masih diam seribu bahasa. No response.

“Kalau ko tak cakap apa masalahnya, macam manalah kita nak selesaikannya Fiq?”. Sambung Mikail lagi. Mikail mengeluh perlahan. Earphone yang melekat di telinganya dilepaskan.

“Time nilah ko nak guna aku. Apa gunanya sahabat kalau bukan untuk tolong sahabatnya dalam kesusahan. Ko jugak yang cakap kat aku dulu kan.” Mikail main aci redah je apa yang ada di dalam kepalanya .Harap-harap adalah tindak balas dari mamat kat sebelah dia ni. Tak sampai hati tengok Fiq macam tu.

Fiq mengangkat sedikit mukanya yang tunduk dari tadi. Riak mukanya mula berubah.

“ Kenapa ko suka sangat buat orang terharu MK?” tiba-tiba Fiq bersuara. Fiq lebih selesa memanggil Mikail dengan panggilan MK. Sebab nama itulah yang digunakan Mikail sewaktu mereka mula berkenalan dulu.

Mikail terdiam seketika.

“ Ermm. Aku kan kawan ko. Hehe” balas Mikail selamba sambil gelak kecil. Jelas kelihatan lesung pipitnya yang seakan-akan bulan sabit kembar. Manis dipandang.

“Wanna hug?” sakat Mikail lagi sambil buat gaya ala-ala tokoh bapa mithali. Diikuti dengan gelak jahat.

“Tak kuasa aku. Ko jangan nak mula MK, aku sekeh satgi kan,”ketawa mereka pecah. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak berlari riang main sorok-sorok tidak jauh dari port mereka.

“MK,” Fiq memulakan bicara. Jauh di sudut hatinya, dia berasa bertuah sangat mempunyai kawan seperti Mikail. Kawan yang sangat memahami akan dirinya. Kawan yang sentiasa di sisi tak kira ketika susah ataupun senang.

“Yup. I’m hearing now,” ringkas Mikail.

“Aku nak berubah la MK. Aku rasa dah sampai masanya. Tapi..” suara Fiq tersekat. Buntu. Keliru memikirkan jalan yang terbaik untuk dijelaskan kepada Mikail.

“Tapi apa Fiq?,” Mikail cuba mencelah.

“Tapi susah la MK,” jawab Fiq spontan.

“ Fiq, aku kan ada.” Mikail cuba untuk menenangkan hati Fiq seraya memaut erat bahu Fiq dengan tangan kanannya.

“Hidayah perlu dicari Fiq. Ia tak kan datang bergolek. Hatta ketika Siti Mariam bersandar pada pangkal pohon tamar mengerang kesakitan untuk melahirkan Nabi Isa pun , Allah masih memerintahkannya agar menggoncangkan pohon tamar tu dengan kudrat yang masih tersisa.

Digoncangkan supaya buah tamar itu gugur. Buat bekalan tenaga. Walhal pada hakikatnya, Allah boleh je jatuhkan buah tamar tu dengan kuasaNya. Kasi free kat Siti Mariam. Tapi itulah yang dinamakan usaha Fiq. Allah will never change the condition of a people until they change it themselves,” Mikail bersuara dengan nada memujuk.

“Its kinda true MK. But my past is keep hunting me. Ko tahukan..” Suara Fiq mendatar.

“Kalau nak tunggu kuda kat depan tu tumbuh tanduk macam unicorn dalam fairytale memang tak la Fiq.I’m just telling the truth.” Tunjuk Mikail ke arah kuda yang ditunggang pemuda 20an di tepi tasik Taman Sukasuki.

“Ajal boleh datang bila-bila masa je Fiq. Maybe tomorrow could be our day. Who knows?,” Tambah Mikail. Dicubanya seboleh mungkin untuk membantu Fiq. Dia dan Fiq dah macam adik-beradik.

Fiq masih diam. Hanya mendengar apa yang dikatakan Mikail.

“Just answers the call Fiq. When it comes to heaven or hell, we need to decide which now. Do not delay. Come on bro. I know you. You’re strong enough to go through all of this ”. Mikail memandang ke arah Fiq. Fiq hanya tunduk. Dikuis-kuis tanah dengan kasutnya. Entah apa yang dicarinya dia pun tak tahu.

“InsyaAllah Fiq. Semuanya akan dipermudah jika niat kerana Allah.Make du’a brother,” Mikail melihat jam di tangannya. Sudah pukul 6 petang rupanya.

“ MK..” Fiq mendongakkan kepalanya.

“ Thanx bro,” Fiq mengalihkan pandangan ke arah tasik yang menjadi saksi perbualan mereka tadi.

“No prob. Just my 25 cent,” Balas Mikail ringkas.

“Orang kata, kalau ada emas, biar genggam rapat-rapat. Takut nanti dicuri orang. Kalau ada iman, biar jaga betul-betul. Takut nanti dicuri syaitan,” Tambah Mikail lagi.

“Siapa orang tu?” Aju Fiq kepada Mikail. Fiq sudah mula nampak ceria. Ceria macam Fiq sebelum ni.

“Akulah orang tu. Boleh ko tanya lagi. Dah terang lagi bersuluh kot.” Jawab Mikail tanpa rasa bersalah. Fiq ikut ketawa.

“Kecoh la ko MK. Memang tak pernah berubah,” Fiq masih ikut ketawa. Disikunya Mikail yang berada di sebelah.

“Ni aku ada bawak Blueberry Trifle ni . Lupa pulak aku nak buka tadi. Jom la makan sekali. Hasil air tangan aku sendiri ni tau.Bukan senang nak dapat ni,” Pelawa Mikail kepada Fiq. Mikail mengeluarkan trifle daripada bekas yang diletakkan dalam paperbag yang dibawanya tadi. Lalu disusun di atas meja di hadapan mereka.

“Sembang je ko ni MK,” Fiq mengambil sudu untuk merasa trifle yang dibuat Mikail.

“Weyh.. sedap la. Sejak bila ko pandai buat benda alah ni MK?”tanya Fiq kepada Mikail dengan muka penuh excited.

“Sejak aku menang johan pertandingan 1001 rasa Babas aritu,” Balas Mikail dengan buat kening double-jerk. Ketawa mereka pecah bersama.

 

Abdullah Mujib

syababkasih.blogspot.com

Related posts: