Men are from Mars,Daie are from Jupiter
“Eee.. poyolah dia ni…..”
“Serius aku tak suka orang macam ni bro”
Saya tersentak.. Ayam Kenny Rogers yang tengah dikunyah, tiba-tiba tersekat..
“Air-air…”
“Err…orang macam mana maksud kau ?”
“Macam aku ke ?”
“Ha’a, orang yang lebih kurang macam kau. Orang usrah segala bagai
ni”
“Luckily, kau tak macam tu. Syukurlah. Tapi kawan aku sorang kat UK tu. Poyo sangat” Luah hati salah seorang rakan saya yang belajar di UK.
Saya mengurut nafas lega. Namun dalam hati berfikir ? Kenapa orang usrah ni poyo ye ?
Usrah itu Poyo ?
Bukan. Habis tu siapa yang poyo ?
Kitalah. Siapa lagi. Kita yang ikut usrah ni la yang poyo.
Kenapa poyo ?
Err.. banyak sebabnya..
Salah satu sebabnya adalah kita memang poyo.
Kita mula merasakan bahawa diri kita sudah sama sekali berbeza dengan orang lain.
Kita dari jupiter dan dia dari marikh. Jauh terpisah !
Dulu, kita berdua asalnya sama, bumi ! Namun selepas berlaku peredaran zaman, kedua-duanya berpisah merantau mengikut hala tuju masing-masing.
Ha ?
Makhluk dari jupiter ni selalunya bergaul sesama mereka sahaja. Jarang sekali bergaul dengan makhluk-makhluk lain dari planet luar.
Namun sesekali sifat ingin tahu keadaan makhluk di planet luar mendorong mereka untuk meneropong sekali sekala.
Tapi, perkataan yang selalu dikeluarkan amatlah menyedihkan !
Jahanam ! Sampah ! Perosak !
3 kata yang selalu disebut penduduk planet jupiter ini.
Rugi ! Sedih ! Terkilan !
3 kata yang jarang disebut mereka!
Hakikatnya, penduduk planet jupiter ini sama sekali tidak lagi mengenali penduduk planet marikh walaupun mereka pernah bersama suatu ketika dahulu.
Selepas berpisah, mereka merasakan bahawa mereka tidak perlu lagi bergaul dengan penduduk planet marikh walaupun pada hakikatnya mereka berasal dari satu rumpun yang sama iaitu bumi !
Kita tetap dari bumi.
Siapa yang tidak mahu jadi baik ? Semua mahu jadi baik. Manusia,fitrahnya memang sukakan kebaikkan. Buktinya boleh dirujuk di dalam Al Quran. Sebuah kitab rujukan psikologi terhebat sepanjang zaman.
Al Quran, sudah mengetahui psikologi manusia yang cintakan kebaikkan sejak beribu tahun dahulu. Dan saintis hanya mengetahui teori ini lewat abad ke 20.
Itupun selepas melalui beberapa siri eksperimen yang panjang.
(Ar Rum – 30)
Ok, bersambung kembali. Hakikatnya, kita berdua tetap berasal dari bumi yang sama walaupun hala tuju kita berbeza selepas itu.
Seharusnya, kita tidak boleh poyo !
Sama sekali tidak boleh poyo
Walaupun ada desas desus yang mengatakan bahawa kita telah menjadi naqib/naqibah 1000 halaqah dan memegang jawatan besar dalam organisasi malahan punya vase dan jaket sendiri.. !
Jangan sesekali poyo dan bermegah diri !
Bilamana kita mula merasakan diri kita lebih baik daripada orang lain.Maka, silalah pergi ke, tingkat 3 jusco jika kita sedang membeli belah, untuk solat sunat taubat seketika. Check dan check kembali hati-hati kita.
Mesti ada something wrong. Ada fius terputus di satu dua tempat.Maklumla, perjalanan ke jupiter bukanlah satu perjalanan yang mudah.Kita harus melalui beberapa siri mehnah kepayahan !
Antaranya adalah komet jahiliyah yang laju menderu dan juga lirikan manja sang purnama bulan yang sangat cantik menawan. Luluh hati dibuatnya.
Namun, dengan izin Allah swt, kita berjaya juga sampai ke planet jupiter. Kita rasa gembira yang teramat sangat hingga melupakan insan-insan yang pernah kita kenali suatu ketika dahulu di planet bumi!
Jangan bajet ! Jangan poyo ! doakan !
Jadilah seorang daie yang mudah bergaul dengan manusia lain. Boleh bergelak bersama, senyum bersama, dan berkongsi hati bersama.
Dakwah tanpa manusia adalah sia-sia. Cukup-cukup sahajalah berada dalam kelompokan kita ! Sekali sekala moving forward ! Kerana itu adalah dunia sebenar kita bila kita menginjakkan kaki ke alam pekerjaan.
Alam ini sama sekali berbeza dengan alam belajar. Jika kita tidak mampu menyesuaikan diri semasa dari alam belajar lagi, takut-takut, kita terkejut kaku bila berhadapan dengan realiti masyarakat sebenar.
Justeru,mulalah belajar untuk bertemu manusia. Tiada salahnya untuk kita kembali melawat ke rumah guru-guru yang pernah mengajar kita lalu berterima kasih kepada mereka.
Walau jauh manapun kita belajar, walau dalam manapun pentarbiyahan kita, kita tetap bukan siapa-siapa tanpa seorang insan yang bergelar
…
“Guru !”
Dan kita juga tetap bukan siapa-siapa tanpa seorang insan yang bergelar
“Rakan !”
Jika kita terserempak dengan mereka di mana-mana, jangan lari ! Ataupun buat-buat tidak kenal !
Malu ? Ego ?
Tolak ketepi itu semua.
Kata join usrah ! Kitalah yang seharusnya memulakan teguran !
Akhir sekali, jangan sesekali lupa untuk memasukkan nama insan-insan yang kita sayang itu ke dalam doa kita sehari-harian.
Ingat ! sebelum kita mahu hati manusia tertarik pada kita, pastikan hati kita tertarik pada Allah swt dahulu.
Hati manusia, hakikatnya tetap dipegang oleh Allah swt.
Maka, jangan pernah alah dan mengalah dalam berdoa pada Nya.
Wallahualam.
Tolong.Jangan Poyo !
Asyraf Farique
http://asyrafarique.wordpress.
