5 sebelum 5
Sebenarnya, bila mana kamu memilih jalan dakwah ini, kamu tidak dapat lari lagi, untuk tidak melibatkan diri di dalamnya. Bila mana kamu memilih untuk menyertai, maka segala macam alasan yang diberi tidak akan dilayan dan tidak valid.
Semakin lama kamu di dalamnya, sepatutnya kamu lebih matang dan semakin pandai menepis segala alasan diri untuk tidak memberikan sepenuh komitmen dalam jalan ini.
Walaupun dalam keadaan final year sekalipun, ya, tidak menafikan bahawa itu adalah tahun kritikal bagi kamu. Namun hakikatnya, bila mana kamu berjanji untuk berada di dalamnya, maka setiap masa dan ketika, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan duka atau gembira, kamu mewakafkan diri sepenuhnya, sehabis kudrat tenaga. Sampai mati dan sampai kamu bertemu dengan Allah yang Esa, sampai syurga menyambutmu dan sampai Allah meredhaimu.
Aku tidak menghalang untuk kamu berfikir lebih mengenai studymu, pelajaranmu, tetapi yang pastinya masa untuk dakwah itu perlu diperuntukkan juga. Bukan tidak ada langsung dalam kalendarmu atau dalam jadual hidupmu.Dan aku bukan bercakap begini kerana aku sangat pandai,sangat genius, tidak perlu sangat memikirkan pelajaranku. Maaflah, kerana aku bukan begitu. Kerana aku juga manusia biasa, tidaklah secara automatik dapat menyerap semua yang diajarkan oleh guru dan pensyarah. Dan aku juga perlu mujahadah untuk belajar juga, kerana kini, aku sudah merasakan betapa nikmatnya full time dakwah.
Aku tahu yang aku perlu study smart supaya aku juga tidak ketinggalan dalam pelajaran disamping memajukan diri dalam dakwah. Kerana aku merasakan mati itu bila-bila masa, jadi aku takut tak sempat, tak sempat untuk menyumbang apa-apa dalam dakwah, jika aku masih lagi memberi alasan, masih lagi menangguhkan kerja, masih lagi malas berfikir dan merancang.
Masa semakin mencemburui kamu. Dan bila sakit datang menimpa, maka tempanglah langkahmu. Bila masa sakit, bila masa sempit, mulalah berfikir bermacam-macam perkara yang mahu dibuat. Hai, masa sihat, masa hidup, masa waktu lapang, tidak mahu buat pula ya.
Jangan sampai begitu, hargailah masa muda kamu, masa lapang kamu, kerahkanlah sepenuh tenaga kamu, yang semampu kamu, supaya di masa sempit kamu, masa tua kamu, ada berkah dan redha Tuhan menyinggah, kerana kamu telah melazimi dakwah ini di masa mudamu.
Jangan sampai bila sudah tidak ada masa lagi untuk kamu. Kamu akan menyesal di ketika itu. Niatlah yang baik untuk Tuhan kamu, jangan sesekali mensyirikkan dia dengan yang lain. Moga Dia selalu membantu kamu. Amiin.
Sakinah Zaib
http://ghulam-budakkecil.blogspot.com/

Bila makin hampir pilihanraya, calon-calonnya untuk setiap dun dan parlimen bagi PR sudah ramai yang tahu. Namun bagi BN, sampai sekarang orang BN sendiri masih tertanya-tanya siapa calon yang mewakili BN. BN tak umum awal bukan pun sangat sebab strategi pilihanraya tapi takut bergaduh , sabotaj dan boikot sesama sendiri jika calon diketahui awal. Bila sudah tahu calon yang wakili PR maka calon berkenaan sudah diperkenalkan kepada pengundi di dun dan parlimen tempat mereka bertanding. Bila selesai sahaja penamaan calon, PR tidak perlu lagi ambil masa untuk perkenalkan calon kerana pengundi sudah kenal berbanding BN yang calonnya hanya diketahui pada hari penamaan calon. Calon dari kalangan orang tempatan tiada masalah tapi calon luar jika tidak diperkenalkan awal tentu ambil masa lama untuk pengundi kenal. Bila bakal calon sudah ramai yang tahu, maka pengundi sudah menilai awal mereka terutama pengundi muda bawah 40 tahun. Pengundi dari kumpulan ini kritikal dalam menilai calon. Mereka mudah mendapat maklumat tentang bakal calon melalui bacaan facebook dan blog pro PR dan BN.