10,000
itulah bilangan sahabat radiyallahu ‘anhum yang kita ketahui nama dan kisah hidup mereka…. yang tidak ada dalam sejarah dunia ini seorang manusia yang kita mengenali siapakah sahabatnya secara terperinci seramai ini, melainkan Rasulullah S.A.W.
tahukah kita… dulu ketika zaman permulaan dakwah Rasulullah…. orang yang reti menulis sangatlah sedikit… ada yang mengatakan hanya lebih kurang 7 orang… x pernah ke kita terfikir… bagaimana boleh Al-Quran itu dipelihara sehingga zaman sekarang sedangkan zaman Rasulullah sangat sedikit orang yang reti menulis?
sedarkah kita? bahawa dakwah Rasulullah bukanlah berfokus kepada ‘menyampaikan mesej’
jika kepentingan Rasulullah adalah untuk ‘menyampaikan mesej’, maka sudah pasti lebih senanglah jika Allah mengurniakan Rasulullah keupayaan membaca dan menulis, supaya baginda dapat menulis Al-Quran dengan banyak dan kemudian dihantar saja ke seluruh dunia
dakwah Rasulullah juga bukanlah berfokus kepada ‘menegakkan syariah’
kerana jika kepentingan utama dakwah Rasulullah adalah ‘menegakkan syariah’, sudah pastilah strategi dakwah Rasulullah dari awal adalah menjadi pemerintah Mekah. kemudian melaksanakan syariah di Mekah setelah menjadi pemerintah….
tetapi fokus dakwah Rasulullah adalah untuk melahirkan individu muslim… individu yang tunduk dan patuh kepada Allah…. individu yang menyerahkan jiwa dan hartanya kepada Allah… dengan harapan mendapat redha dan syurga Allah di akhirat kelak… dan dengan harapan dijauhkan dari azab api neraka…
itulah dakwah Rasulullah…
tidak berguna… jika kita menyampaikan mesej, tetapi akhirnya tiada individu yang terbentuk daripada mesej tersebut
tidak berguna… jika kita menegakkan syariah, sedangkan setiap individu di dalam masyarakat langsung tidak ingin menerima syariah tersebut, dan akhirnya mencari-cari jalan untuk melanggar syariah
kena ingat, kena faham
hebatnya dakwah Rasulullah, berkekalannya Islam sehingga sekarang, bukan sekadar sebab Rasulullah menyampaikan wahyu yang diterima baginda
tetapi kerana Rasulullah melahirkan individu-individu muslim, yang akan melahirkan individu-individu muslim yang lain, yang akan melahirkan lebih ramai lagi individu-individu muslim yang akan melahirkan individu-individu muslim yang akan melahirkan individu-individu muslim
pada zaman Rasulullah tidak ada buku, tidak ada laptop, tidak ada internet untuk menyampaikan mesej…
tetapi dakwah pada zaman merekalah yang kita kagumi, yang kita ingin contohi, yang kita ingin dambakan
dan rahsianya adalah….. kerana dakwah Rasulullah berfokus dalam melahirkan individu-individu muslim… melalui tarbiyah
“Aku telah diperintahkan (oleh Allah) untuk memerangi manusia sehingga mereka mengaku bahwa tidak ada yang patut disembah selain Allah dan Muhammad adalah Rasululah, dan melakukan solat dengan sempurna dan membayar zakat, sehingga jika mereka melakukan hal itu, maka selamatlah nyawa dan harta mereka dariku kecuali dari hukum2 Islam dan amal mereka akan dihitung oleh Allah.”
“waktu yang aku perlu habiskan untuk menulis buku, aku gunakan untuk membentuk seratus pemuda Islam. Setiap orang daripada mereka akan menjadi sebuah buku yang hidup, bercakap, beramal dan meninggalkan kesan. Aku hantarkan setiap orang daripada mereka ke sebuah Negara daripada Negara-negara Islam, lalu mereka membentuk para pemuda di situ sebagaimana aku membentuk mereka.”
(Imam Hassan Al-Banna)
Adakah kita sudah menjadi ‘buku’ yang hidup?
DS


0 Comments
You can be the first one to leave a comment.