We are the Ink, You are the Pen

To submit is to DIFFER

Setiap kali solat, pasti lafaz ini kita sebutkan:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad saw tu pesuruh Allah.”

Namun, sedarkah kita akibat persaksian ini?
Sedarkah kita tanggungjawab yang tertanggung di bahu kita dengan lafaz kalimat ini?

Lafaz ini merupakan kata ikrar betapa kita sepatutnya BERBEZA dengan yang tidak melafazkannya.

Mengapa perlu berbeza? Atau mungkin soalan yang lebih wajar ditanya ialah:
‘Haruskah kita BERBEZA jika kita ini Muslim? Dan Haruskah kita BERBEZA jika kita ingin mewarisi tugas menyebarkan risalah Nabi Muhammad saw ?’

Dan mengapa SEPATUTNYA BERBEZA lebih-lebih lagi jika kita ini muslim yang digelar DAIE?

* * *

Di saat semua orang menyembah patung berhala, Nabi Ibrahim BERBEZA dari kaum masyarakatnya, dan juga bapanya sendiri.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Azar; ‘Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan. Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”
(Al An ‘am: 74)

Di saat semua masyarakat Arab Quraisy di Mekah menyembah patung berhala, dan bergelumang dengan tradisi Arab Jahiliyyah seperti membunuh hidup-hidup anak perempuan mereka, Nabi Muhammad saw yang pada masa itu walaupun belum bergelar Arrasul, memBEZAkan dirinya dari masyarakatnya. Dia mengasingkan dirinya di Gua Hira’ untuk bermuhasabah diri mendekatkan diri pada Yang Maha Pencipta dan memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah umatnya. Dia tidak LARUT dengan akhlak masyarakat yang negatif ketika itu.

Sebaik wahyu pertama diturunkan, Nabi Muhammad saw menyampaikannya kepada keluarga terdekat dan sahabat disekelilingnya. Kesan dari sebaran wahyu itu, lahirlah beberapa sahabat yang tegas memBEZAkan diri mereka daripada masyarakat jahiliyyah ketika itu.

Mengapa mereka berBEZA? Mengapa sahabat seperti Umar ra yang sebelum memeluk melafazkan kalimat syahadah BERBEZA selepas melafazkan kalimat itu?

Kerana Umar telah menemui tujuan hidupnya, iaitu untuk melaksanakan tugas ‘ubudiyyah kepada Allah dan tugas khilafah sesama manusia. Jadi semestinya TIDAK SAMA dengan orang yang tidak sedar akan tujuan hidupnya.

PERBEZAAN yang ditonjolkan Rasulullah saw dan para sahabat ketika itu secara tidak langsung telah mempamerkan betapa ISTIMEWAnya ISLAM sebagai agama yang benar dari Allah swt.

* * *

Lalu apa kesan kisah sirah ini kepada kita wahai ikhwah dan akhawat sekalian?

Mengapa penting sekali untuk kita menonjolkan PERBEZAAN ini? Tapi sebelum menjawab persoalan tentang ‘MENGAPA’? Mungkin sewajarnya terlebih dahulu kita menjawab persoalan PERBEZAAN yang BAGAIMANA?

1. Memisahkan diri dari jahiliyyah secara total – dalam perasaan dan jiwa, pemikiran serta tasawwur dan dalam tindakan serta perbuatan.
2. Iltizam dengan Islam sepenuhnya – menjadikan Islam neraca seluruh hidup kita.
3. Meyakini bahawa jihad menegakkan kalimat syahadah di bumi Allah ini adalah tujuan hidup kita dan sanggup mengorbankan apa sahaja keranaNya.

Mengapa sangat penting untuk kita memiliki sifat-sifat/ciri-ciri berkenaan?

Kerana tanpanya, masyarakat tidak akan dapat melihat keistimewaan Islam, lalu bagaimana mereka akan menerima seruan kita?

Jika kita yang digelar DAIE tidak bersungguh mengamalkan apa yang kita seru, lalu bagaimana masyarakat akan tertarik kepada Islam? Atau kita hanya mencari kemurkaan Allah?? Na’udzu billah min zalik..

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (As-Saff 61:2-3)

Lalu bagaimana kita mulakan? Ya, mulakan dengan diri sendiri di samping kita menyeru orang lain.

Pertama: Bina kefahaman yang betul dan mendalam terhadap Islam

Kedua: Bina kefahaman emosi dan keyakinan hati terhadap kebenaran ajaran Islam.

Tanda tiada perkara ini – bersungguh dengan kerja dunia tapi cuba mengelak bila diajak untuk kerja Islam (dakwah).
Tanda faham – cinta kepada Islam, beramal dengannya serta benci kepada maksiat. Juga tidak akan berpuas hati selagi tidak melihat Islam tertegak di muka bumi ini.

Ketiga: Berusaha untuk memahami matlamat fikrah dan tasawwur Islam - banyakkan pembacaan untuk pembinaan minda Islam dan membentuk cara fikir Islam. Semuanya bermula dengan aqidah yang betul.

Jadi, apa lagi yang kita tunggu ikhwah akhawat sekalian? Jom ‘TAMAYUZ’ (berbeza) !

 

Alfarhu
http://heartsandhugs.wordpress.com

 

Related posts:


Leave a Comment

Your email address will not be published.


5 + two =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>