Facebook Twitter Email

First and foremost, this post may cause the reader tu “ooo aah kan, bolehlah” at the beginning but will leave the reader “errr…. boleh ke? macam tak boleh… ke boleh?” dan akan menjadikan pembaca rasa “=(” at the end of the artikel

kot…. haha

ah ye dan post ini terlalu panjang huhu… it looks like it is not easy utk tulis post pasal islamic finance dengan pendek -__-”

ramai orang konfius, ramai kurang faham, berkaitan apa beza Islamic Banking dengan Conventional Banking

jadi…. tadi tengah makan2 cereal aku pun tetiba terfikir, satu kaedah yg best utk bagi semua orang nampak, dan faham, dan juga konfius at the same time, kemudian memahami realiti dan punca masalah, kpd sistem Islamic Banking zaman sekarang

 

 

Bayangkan

di sebuah asrama, ada dua orang kawan sebilik, seorang Mat dan seorang Min

1) Situasi Pertama

Satu hari Mat balik ke bilik, dan nampak Min memegang dua bungkus nasi lemak… tengok dari bungkusan dan melalui baunya saja dah tahu nasi lemak tu dibeli daripada Ustaz Wan, nasi lemak yang sangat sedap dan diidami oleh semua pelajar sekolah tu pada setiap pagi Sabtu dan Ahad hanya dijual dengan harga RM1.00

maka Mat pun berkata kat Min

“Min aku nak beli nasi lemak tu dari ko boleh tak? lapar arr”

Min pun menjawab

“Owh boleh, tapi aku jual kat ko dengan harga RM1.20 arr, muahaha >:)”

Mat pun membalas

“Yelah, yelah, apa jelah nilai 20 sen, boleh jumpa bawah tilam je pun…”

So di sini Mat membeli daripada Min nasi lemak tersebut dengan harga RM1.20, Min pula mendapat untung RM0.20

 

 

Adakah transaction ini halal?

 

 

 

yup, of course halal, ini namanya jual beli

 

 

 

2) Situasi Kedua

Pada suatu pagi Ahad, Mat berasa sangat lapar, tiba-tiba Min masuk dengan membawa dua bungkus nasi lemak

Mat pun berkata

“Min, aku nak nasi lemak ko min, pleaseee.. aku beli..”

Min pun membalas

“boleh-boleh, tapi aku jual dengan harga RM2.50 satu boleh?”

Mat pun marah

“uish… kedekut… baik aku beli kat bawah je kalau macam tu”

Min pun tersenyum sinis

“haha ko malang, sebab ini nasi lemak terakhir, kalo ko nak, beli arr dari aku, kalo tak nak… tak yah arr”

maka mat dengan perasaan marah pun membeli nasi lemak tersebut

 

 

Adakah transaction ni halal?

 

 

 

Yes, halal, sebab ianya memang bergantung kpd supply and demand rule – di sini Mat tengah sangat lapar dan sanggup bayar harga yg mahal utk nasi lemak tu, dan Min pula tahu benda ni dan sanggup jual nasi lemak tu dengan harga tersebut

Kalau ada yang wondering macam pernah dengar org ckp tak boleh mendapat keuntungan lebih 100% dalam business plak, benda tu xde dalil dan entah sapelah yg menyebutnya…. malahan ada pula dalil yang against perkara tu

 

 

3) Situasi ketiga

Pada satu hari di pagi Ahad, Mat rasa malas sangat nak turun bawah ke kedai nasi lemak…. maka dia pun kata kat Min

“Min, boleh tak ko tolong belikan kat aku nasi lemak?”

Min: “Boleh jer, tapi bagi upah arr muahaha, 20 sen je”

Mat pun bersetuju dan menghulurkan RM1.20 kepada Min

 

 

Adakah transaction ini halal?

 

 

 

Di sini Min tidak akan membeli nasi lemak tu kalau bukan diminta oleh Mat

Alhamdulillah ianya halal, 20 sen tu bukanlah ‘untung’ daripada proses jual beli, tapi 20 sen tu adalah upah sebab tolong beli, atau nama ‘modernnya’ service charge

(tapi ianya tak sah kalau upah tu tak diminta dari awal, tapi diminta dan diclaim kemudian)

 

 

4) Situasi keempat

Mat tengah takde duit, tapi dia nak makan nasi lemak… dia lapar… jadi dia pun meminta kepada Min

“Min-min, nak pinjam seringgit bole? nak beli nasi lemak arr… lapar”

Min: “Boleh2…. tapi nnt ko bayar kat aku RM1.20, boleh? tak pun nanti ko belikan arr gula-gula satu untuk aku”

Mat pun menjawab

“Yelah-yelah, 20 sen tu aku carilah kat bawah katil aku ke nanti”

 

 

Adakah transaction ni halal?

 

 

 

of course, tidak…

sebab transaction antara Mat dan Min di dalam ni hanya melibatkan duit, sebarang additional benefit apabila transaction tu hanya melibatkan duit, adalah haram, dan itulah riba’

 

 

5) Situasi kelima

Seperti situasi2 kat atas, Mat melihat Min tengah memegang dua bungkus nasi lemak

Mat pun bertanya kat Min…

“Eh Min, aku nak beli nasi lemak ko boleh tak? Tapi aku xde duit arr… aku bayar kemudian bole?”

Min pun menjawab

“Boleh-boleh, tapi nanti ko bayar RM1.40 arr ekk”

Mat: “Yelah-yelah”

 

 

Adakah transaction ni halal?

 

 

 

insyaAllah masih halal, sebab memang dibenarkan untuk kita menaikkan harga kalau orang tersebut akan membayarnya kemudian

 

 

6) Situasi keenam

Satu hari, Mat sangat lapar, maka dikatakan kepada Min

“Min-Min, boleh tak kau belikan untuk aku nasi lemak kat bawah? tapi guna duit kau dulu arr aku takde duit”

Min: “Boleh-boleh, tapi nanti ko bayar arr kat aku RM1.20… hehehe”

Mat: “haihh ko nih… yelah…”

 

 

So?

Adakah transaction ni halal?

 

Sila fikir dengan mendalam dengan compare semua ‘hukum-hukam’ jelas yang dah disebutkan di atas-atas tadi

 

 

 

 

Di sini hakikatnya langsung tak jelas, sebab dia boleh jadi tambahan 20 sen tu sebagai keuntungan yang Min ambik sebab macam dia jual balik kat Mat dengan keuntungan 20 sen

boleh jadi 20 sen tu sebagai service charge sebab tolong belikan nasi lemak

boleh jadi gak 20 sen tu merupakan interest/riba’ yang diambil sebab bagi pinjam duit sebanyak RM1.00 kat Min

 

 

Jawapannya? hakikatnya even ‘ulama pun khilaf dalam benda ni

dan unfortunately, situasi terakhir inilah situasi yang berlaku dalam kita nak beli rumah di Malaysia

 

 

 

kita tak kan ada duit yang cukup untuk membeli rumah tersebut dengan cara cash seperti (1), tak kiralah nak beli daripada bank ataupun owner rumah yang asal

Bank pulak pada asalnya memang tidak akan membeli rumah tersebut kalau bukan sebab diminta oleh kita, maka ianya berbeza daripada situasi (2)

Kalau nak kata service charge seperti situasi (3)… apa je sangat ‘service’ yang dibuat oleh bank untuk dikatakan sebagai ‘service’? Bukannya bank yang carikan rumah untuk kita

tapi at the same time transaction kita bukan solely hanya melibatkan duit seperti transaction (4), ada transfer of ownership pada nasi lemak tu drpd Ustaz Wan, Min dan lastly kepada Mat – jadi nak kata riba’ pun macam… tak sangat

haha so sebenarnya? boleh ke tidak?

 

 

 

Like I said, ‘ulama-’ulama berbeza pendapat, namun kaedah sebegini tetap dilaksanakan di Islamic Banking di Malaysia… (known as BBA – bai’ bithamin ajil)

but still… the situation is getting worse di mana pada saat aqad/agreement untuk jual beli tu dibuat, syaratnya harga barang tu perlu disebut dari awal

Tapi…. bayaran rumah biasanya akan dibuat dalam tempoh 20-40 tahun… Dalam 20-40 tahun tu…. inflation boleh jadi sangat merepek… dia boleh jadi sangat tinggi, boleh jadi gak sangat rendah….

Kalau bank naively beli rumah denga harga RM100,000 sekarang, dan menjualnya dengan harga RM120,000 – dengan naifnya merasakan dia dah untung RM20,000

hakikatnya dalam masa 40 tahun….

harga rumah RM100,000 dah boleh naik jadi RM1,500,000

 

(disebabkan setiap ringgit/pound yg kita miliki hakikatnya value dia sentiasa depreciate, sebab tu harga emas kalau dicompare dengan duit ringgit/usd/pound sentiasa naik, bkn harga emas tu naik, tapi harga duit kertas kita yang jatuh value dia (aka purchasing power dia) – ini masalah apabila duit kita bukanlah gold atau tidak backed by gold )

tapi…. kalau pada masa sekarang… kau cakap yang harga rumah ni RM100,000, dan ko nk jual kat dia dengan harga RM1,500,000 yg dibayar dalam tempoh 40 tahun

ingat ada org nk beli? jangan harap

 

 

 

itu satu masalah…

katakanlah majoriti orang kat dunia ni tau economics (which is sbnrnyer sangat2lah tidak), dan diorang pun bersetuju dengan harga tersebut sebab tau realitinya macam tu

tapi macam mana plak kalau bank underestimate inflation? dia ingatkan by 40 years harga rumah tu hanya akn naik kepada RM1,500,000 – tapi tengok-tengok dia akan naik kepada RM3,000,000??

konfim bank akan rugi gak….

 

 

tapi dalam Islam harga transaction tu perlu diletakkan dari awal

so how?

ada dua ‘penyelesaian’

1) letak je terus harga tinggi dr awal, maksimum inlflation yg mungkin berlaku arh, tapi letak arr dlm percentage, baru orang umum tak ternganga sangat – tapi boleh jadi tersangat mahal arr sbnrnyer, org jadi reluctant dan kondem Islamic Banking cekik darah

2) letak arr kadar ‘profit’ tersebut menggunakan BFR, satu rate yang diset oleh BNM yang lebih kurang selari dengan inflation – tapi aku tak setuju sebab bagi aku cam obvious je tidak syariah compliant…. sebab ‘profit’ tu akan boleh berubah-ubah

so camne ni?

isu syariah was-was, tak settle lagi

tapi kalau amik kelonggaran pun, ada plak isu inflation yg menjadikan susah nak ikut syariah…

bila cuba diselesaikan masalah inflation dengan letak harga tinggi sangat2 dr awal, takkan ada plak orang yang nak beli….

bila guna BFR plak… dah nampak langsung takde beza dengan Mortgage loan dari conventional banking, sekadar conventional banking guna BLR, Islamic Banking guna BFR

 

 

how?

Di sinilah kaedah musyarakah mutanaqisah dikeluarkan

since post ni bukan pasal benda ni, jadi taknak cerita sangat… tapi simply said musyarakah mutanaqisah ni macam kita ‘share’ beli rumah tu dengan bank, so macam ada dual owner

tapi bank takkan guna rumah tu, tapi cam dia akan bagi kita sewa bahagian dia… dan by those 40 years, kita akan bayar ‘sewa rumah’ dan gak bayaran untuk beli ‘share’ rumah daripada bank tersebut….

kat sini walaupun bank tu pada asalnya tak terfikir untuk beli rumah tersebut, tapi ‘partner’ dia (kita), terfikir dr awal, dan ajak bank untuk join sekali beli rumah tu, dan bank setuju, so okay arr

dan harga ‘sewa’ di situ plak…. ‘bebas’… sukatilah bank nak letak berapa kan, milik dia, so kat sinilah ianya flexible untuk bank charge berapa banyak bergantung kepada kadar inflation yang berlaku

kaedah ni diapprove mengikut syariah oleh majoriti ulama dunia, dan gak ianya menyelesaikan isu inflation tadi tu

……………………………………………………………………………………………..

tapi hakikatnya ianya lebih ideal kalau:

i) harga rumah mampu dibayar tanpa hutang – dulu rumah murah, tapi sekarang dah mahal, so ini solution yang langsung tak praktikal

 

 

ii) bank beli rumah tu dari awal – maka kat sini ianya akan jadi ideal kalau semua pengusaha rumah kat negara ni lepas iklan2 dan dah siap, terus jual rumah ni kat bank… dan bank plak akan promote dan jual kat orang lain, ataupun boleh je gak pengusaha rumah tu yang tolong promote

ini sangat hampir kepada ideal… malahan kalau tengok kat Maybank pun kadang2 ada je kereta terpakai untuk dijual dll…. langsung takkan ada isu syariah di sini

cuma entahlah…. diorang takut risiko takde orang nak beli kot…. dan satu lagi masalah unexpected inflation tu boleh berlaku gak…. nak jual rumah dgn harga berapa?

tapi still… rasa nak propose arr benda ni kalo aku dah naik jadi orang besar dalam bank suatu hari nanti, insyaAllah haha

 

 

iii) duit currency kita backed by gold

sebab harga gold ni stabil, inflation takkan berlaku dengan teruk sangat kalo bukan sebab riba’ dan currency diprint sesuka hati….

tapi realitinya sekarang tidak

 

 

iv) kita beli rumah dalam nilai berat emas

haha ini kaedah yang tidak wujud lagi, tapi aku sendiri yang terfikir…. since sebenarnya kaedah paling senang nak reflect inflation adalah dengan tengok harga emas, sebab Allah dah jadikan sunnatullah emas ni benda yang sangat ‘stabil’ harga dia…. ikut logik akal aku pun tak faham knp… tapi hakikat ianya stabil diakui oleh semua orang, even oleh economist barat

so… kalo kita set macam beli rumah dengan harga 60 kg emas, dan jual dengan harga 80 kg emas contohnya, tapi nak bayar tu dalam emas boleh, dalam duit currency berdasarkan nilai emas time tu pun boleh

aku rasa cam takde masalah syariah dalam benda ni… malahan macam boleh mengembalikan currency kepada backed by gold…

sejauh mana relevantnya kaedah ni, perlu dikaji lebih…. malahan aku rasa benda camni aku boleh guna utk further study aku haha

tapi still aku konfim akan propose benda ni kalo dah masuk islamic banking insyaAllah

so the best kalo boleh gabung idea (ii) dan (iv)?

 

wallahualam

sekadar pendapat daripada orang yang masih belum habis belajar

 

Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
http://www.izzuddinyussof.com/

Related posts: