Facebook Twitter Email

 

Seusai menonton cerita perang, minda saya tiba-tiba membayangi situasi ini. (Harap anda juga dapat bayangkan bersama) !!!

Misi dakwah kali ini, perlukan pemuda-pemuda yang gagah. Bukan hanya pandai berkata sahaja !!! Seruan Jihad dilaksanakan. Anda ketika itu harus meninggalkan segala macam kemewahan hidup. (Bayangkan, anda harus tinggalkan isteri, anak-anak, ibu ayah, adik beradik, sahabat handai, ipod, ipad, macbook, vios, porshce dan lain-lain)

 

Scene 1 :

Bayangkan, anda sedang bersiap berangkat ke medan perang. Baju perang dipakai. Pedang dicapai. Kuda ditunggangi.

 

Scene 2 :

Anda perlu mengharungi padang pasir yang kering kontang sebelum tiba ke tempat musuh. Jarak perjalanan dianggarkan selama 4 hari 3 malam. Dengan bekalan makanan yang sedikit, anda disarankan untuk berpuasa di siang hari. Suhu ketika itu 45 Darjah Celcius.

Panas !!! Sungguh Panas. Anda dahaga dan keletihan.

 

Scene 3 :

Hari peperangan tiba. Batallion anda memulakan serangan. Beribu-ribu anak panah tiba entah dari mana. Ada rakan anda yang terselamat dan ada juga rakan anda yang syahid. Anda berasa sangat-sangat takut.

Allahuakbar !!!

Laungan takbir penguat semangat.

Masuk hari kedua peperangan. Kaki anda dipanah musuh. Gigi anda patah. Kuku anda tercabut. Peperangan masih diteruskan.

 

Scene 4 :

Sudah seminggu peperangan berlalu. Masih tiada juga tanda mahu kunjung reda. Anda kekal berlawan. Kali ini lebih dasyat. Satu bertemu satu. Pedang bertemu pedang. Ternyata, musuh anda lebih handal. Pedang terhunus ke dada anda.. Allah !!!! Darah merecik..

Anda kuatkan semangat. Anda cabut pedang itu dengan sepenuh tenaga. Darah bercucuran. …… Namun,

Mata anda semakin kabur…

Allah !!!

Realiti (Ikhwah masa dahulu) Pemuda Zaman Rasulullah saw.

 

 

Seringkali, ikon atau idol ini yang menjadi topik hangat perbincangan kita. Baik ketika usrah mingguan, daurah bulanan atau mukhayam tahunan. Sama sahaja.. Bumm, bamm !!!

Sekali lagi . Bumm, Bamm !!!

Ana insaf !!!

Ana mahu jadi seperti Khalid al walid.

Ana mahu jadi seperti Sultan Muhammad Al Fateh.

Ana mahu jadi seperti Tariq bin Ziyad.

Allah !!!

Namun, hakikatnya tidak begitu.

Realiti (Ikhwah) pemuda masa kini

” Awat hang blur semacam tu ? ” Tengking seorang pekerja senior Wendys.

Jejaka I yang juga seorang ikhwah hanya mampu tersenyum.

“Cepatla sikit !!!! ” banyak lagi kelapa sawit nak kena angkat ni..

Jejaka A tercunggap seakan tidak percaya. Patah riuk tulangnya jika hari-hari begini. Saat itu, dia begitu mencemburui teman sekerjanya yang juga warga Bangladesh dan Indonesia di satu kebun yang lain. Mereka begitu pantas bekerja. Selain memiliki sosok tubuh yang agak “tough”.

“Uhhh !!! “

” Aik ? Tak kan dah penat kot ? ” “Baru tingkat 1 ” Perli seorang buruh binaan sebuah syarikat pendawaian.

“Itulah, selalu menghadap komputer”. “Kerja-kerja macam ni pun tak reti buat”.

Jejaka AR hanya mampu tersenyum.

“Ana tak dapat turun riadah la abang awe” “Badan tak sihat” erkk =_=

(Selingan, dialog di atas adalah berdasarkan pengalaman sebenar, beserta sedikit penambahan cerita).

 

 

Realiti sebenar

Berada dalam suatu suasana yang selesa menjadikan manusia malas untuk bersusah susah. Akibatnya, banyak dari seni kemahiran hidup, tidak mereka pelajari. Jika belajar pun, mungkin sedikit. Tersangat sedikit. Tidak terlepas dari bahana itu semua, sudah semestilah seorang ikhwah.

Ya. Seorang Ikhwah.

Masa kadangkala memang begitu. Jika anda hidangkan ikhwah masakini dengan kisah ikwah masa dahulu, mereka pasti teruja. Teruja dengan kekentalan jiwa-jiwa mereka.

Namun, akibat arus modernisasi yang semakin melampau…

Ikhwah zaman ini jadi semakin lembik dan lemau..

Stamina tidak “fit”

Berat badan mudah naik.

Kesihatan tidak stabil.

Selalu sahaja sakit.

Mudah letih, mengantuk.

Tidak tahu seni mempertahankan diri .

Tidak tahu berenang .

Maaf. Namun ini hakikat. Hakikat kerana, kecuaian seorang ikhwah itu sendiri dalam mentadbir hidupnya. Anda bayangkan, sebagai contoh. Jika stamina anda tidak fit ? Kesihatan anda tidak menentu ? Mudah letih ? Layakkah anda berada dalam saf peperangan di atas ?

Layakkah anda ? Juga saya ?

 

 

Kita tidak mahu saf-saf ini dibarisi oleh orang-orang yang lemah (pesan untuk diri saya) .

Orang-orang yang menjadi bahan gelakkan masyarakat diluar.

Orang-orang kaki masjid sahaja. Orang-orang bijak pandai sahaja.

Namun, itu ini tidak reti. Angkat se tan kelapa sawit sahaja sudah mengeluh ?

Jarak program tak sampai 100Km sahaja sudah dikatakan jauh. Sedangkan kenderaan itu ber “air cond” . “R n R” pula banyak di sisi. Jika tidak memandu. Dialah juara tidur. Itu pun sudah dikatakan letih..

Ayuh.. Moga kita sama-sama perbaikki diri.

Jadi Ikhwah yang kuat, tidak lembik, tidak lemau. Cergas, sihat, dengan izin Allah.

 

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas..

 

Asyraf Farique
Pelajar tahun 2, Monash University
http://asyrafarique.wordpress.com/

Related posts: