Facebook Twitter Email

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan Al-Fath.

Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah.

Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan berisitghfarlah, Sungguh Dia Maha Penerima Taubat”

(An-Nasr 110:1-3)

 

 

“Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu Al-Fath yang nyata.

Agar Allah memberikan ampunan kepadamu atas dosamu yang lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan menunjukimu ke jalan yang lurus

Dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat”

(Al-Fath 48:1-3)

 

 

(Al-Fath boleh bermaksud ‘pembukaan’ boleh juga bermaksud ‘kemenangan)

 

 

Dua ‘Al-Fath’

 

Dua surah yang aku sukai, yang aku sangat cintai… dan bukan aku saja yang menyukai surah ini, malahan Rasulullah sendiri pun bersabda yang mafhumnya bahawa Surah Al-Fath ini lebih disukai baginda daripada seluruh dunia dan isinya

 

 

The question is…. apakah yang dimaksudkan dengan ‘Al-Fath’ di sini?

 

Bagi ana, 4 fasa Al-Fath yang penting di dalam sirah Rasulullah adalah Hijrah, Peperangan Badar, Perjanjian Hudaibiyah dan Fathul Makkah

 

Kalau aku dulu, dan ramai yang lain, mesti akan merasakan bahawa Al-Fath yang utama pada zaman Rasulullah merujuk kepada Fathul Makkah, Pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada tahun 8 Hijrah…

 

Yang mana itulah saat di mana pusat Arab, Mekah berada di bawah umat Islam…. saat di mana secara rasminya bolehlah dikatakan tanah arab kini berada di bawah umat Islam… Saat di mana kelihatan sudah tiba kekalahan musuh Islam yang utama ketika itu, kaum kafir Quraisy, yang menjadi musuh utama Rasulullah dari awal baginda memulakan dakwah baginda

 

Apa lagi yang kita definisikan sebagai kemenangan, melainkan saat di mana musuh kita tunduk di bawah kita? Di saat kita memenangi peperangan yang panjang?

Tidakkah itulah definisi kemenangan yang agung? Definisi kemenangan yang difahami oleh majoriti manusia…

 

 

Tetapi ikhwah akhawat, muslimin muslimat

bagi para sahabat, ‘Al-Fath’ (kemenangan) itu bukanlah merujuk kepada Fathul Makkah… Benar bahawa Fathul Makkah itu juga adalah saat kemenangan… Tetapi bagi mereka Al-Fath yang sebenar-benarnya adalah Bai’atur Ridhwan dan Perjanjian Hudaibiyah… Malahan Jabir ibnu Abdullah mengatakan bagi kami, Al-Fath itu hanyalah hari perjanjian Hudaibiyah semata-mata!

 

Walaupun pada asalnya ketika ‘kemenangan’ (Perjanjian Hudaibiyah) itu berlaku… sangat sedikit sahabat yang gembira, malahan boleh kata macam takde, pada asalnya semuanya meragui, malahan mereka pada asalnya tidak mahu mendengar perintah Rasulullah untuk menyembelih korban dan bercukur… kerana mereka berasa kecewa tidak dapat memasuki Mekah untuk menunaikan ibadah umrah, dan kecewa kerana Perjanjian Hudaibiyah itu kelihatan sangat berat sebelah…

 

Tetapi akhirnya…. mereka semua mengakui, bahawa itulah saat-saat ‘Al-Fath’

Kerana bermula pada saat itulah, manusia berbondong-bondong memasuki Islam

 

 

 

Freedom of Da’wa, itulah faktor utama yang membuka ruang kepada umat Islam untuk menyebarkan dakwah Islamiyah ke seluruh umat manusia, sehingga bilangan umat Islam bertambah berganda-ganda…. dan itulah ‘Al-Fath’ bagi para sahabat

 

 

Ikhwah Akhawat, Muslimin Muslimat

Ye, negara itu penting, kerajaan Islam itu penting, jihad itu penting

Tetapi sebelum kesemuanya itu, kita ada peluang ‘kemenangan’ yang lebih besar dan lebih dekat dengan kita, kemenangan yang sebenarnya mampu diusahakan sejak dari dulu sehingga sekarang, iaitu saat kemenangan di mana berbondong-bondong orang menjadi muslim dan mu’min yang sejati melalui dakwah kita…

 

Ketika mana umat Islam sekarang ramai yang berkejaran untuk mendapatkan negara dan khilafah, kita lupa bahawa bagi Rasulullah dan para sahabat, perkara utama yang paling penting adalah untuk setiap manusia itu kembali kepada Allah

Dan apabila golongan yang beriman itu bersatu, dan malahan sanggup berbaiah (mengangkat janji setia) bahawa mereka tidak akan undur dari medan perang (dan dari perjuangan), maka sunnatullahnya adalah mereka pasti akan memperolehi kemenangan…

 

Sepertimana jika kita mencampakkan epal ke atas dan epal itu akan jatuh semula ke bumi, begitulah juga mereka ini akan menang apabila berperang, kerana sesungguhnya pertolongan Allah itu bersama-sama mereka – boleh rujuk surah Al-Fath (48:18-23)

 

Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
http://www.izzuddinyussof.com 

Related posts: