Facebook Twitter Email

Dah hampir seminggu sejak saya mendaftar dekat sekolah tu. Awal-awal tu memang ada masalah sikit nak communicate sebab saya just pandai cakap Bahasa Melayu baku. So memang awal-awal dulu boleh kata macam Kamus Dewan bergerak jugak kot and selalu kena gelak. Heh. Tapi dalam masa dua minggu, saya dapat master Bahasa Melayu semenanjung(well, not really. More like cakap KL) and dapat fit in dengan bahagianya.

 

Cuma masa awal-awal tu saya macam kena pulau sekejap sebab tak pakai tudung. Yeap, memang pelik kena pulau sebab tak pakai tudung padahal saya bukan Muslim pun masa tu tapi ada confusion sebab nama saya guna ‘binti’ dekat belakang. Kalau dekat Sarawak, orang Melanau memang guna ‘bin’ dengan ‘binti’ regardless of their religion. So rupa-rupanya ramai tak puas hati dengan saya masa tu sebab seolah-olah saya dapat special treatment. Kononnya. Then bila diorang dah tau, baru la ada orang nak kawan dengan saya. Kalau tak, memang forever alone la kot. Huhu.

 

Cuma yang saya terfikir masa tu, kenapa pulak tak puas hati bila saya tak pakai tudung? Maksudnya macam seolah-olah orang Islam ni sebenarnya dipaksa untuk pakai tudung. Bila tengok kawan-kawan yang bertudung selalu tanya diorang, “Tak panas ke?” and of course, diorang mungkin tak sedar apa efek jawapan diorang masa tu and terus jawab, “Haah, panas. Untungla ko tak payah pakai.” So agak-agak apa yang saya fikir pasal Islam masa tu? Tapi Alhamdulillah, saya tak terkesan sangat pun dengan jawapan tu dan saya rasa mungkin faktor persekitaran jugak yang mempengaruhi minat saya terhadap Islam sebab masa tu dalam satu sekolah, saya sorang je yang beragama Kristian Katolik.

 

So memang sepanjang saya duduk dekat sekolah tu, saya tak pernah pergi gereja. Balik rumah pun setahun sekali, that is, masa cuti akhir tahun. Jadi saya rasa Allah sengaja letakkan saya dalam keadaan macam tu supaya saya jadi lebih attached pada kawan-kawan berbanding parents saya sendiri.

 

Lepas tu, bila saya naik form 2, saya pernah difitnah mencuri dan mungkin saya easy target masa tu sebab,

1. Saya bukan Muslim, so ofkos saya takkan teragak-agak nak buat jahat.
2. Saya duduk dekat Sarawak, so mesti saya ni miskin.

 

Wallahualam, saya tak tau kenapa tapi itula sebab-sebab yang dapat saya fikirkan masa itu. Tapi sebab saya dituduh semberono tanpa usul periksa, satu batch pandang buruk dekat saya dan masa tu, even kawan baik saya sendiri tolong diorang buat ‘siasatan’ ke atas saya.

 

Dan saya bukan bertujuan mengungkit, dan tak saya nafikan benda ni masih saya tak dapat lupakan. Kepada sesiapa yang terlibat, kalau terbaca artikel ni, saya dah lama maafkan, sejak form 3 dah, dan saya cuma cerita balik for the purpose of nak bagi pengajaran.

 

Saya masih ingat, bila saya dituduh tu, saya defend diri saya dan cakap saya tak bersalah. Orang yang tuduh saya tu cakap, nanti dia nak bagi air Yassin supaya saya dapat pembalasan sebab makan harta curi. Then saya pun balas la balik,

 

“Aku tak takut sebab aku tak salah.”
“Ah, kalau takde effect pun, yang aku tau, ko kafir, ko masuk neraka!”

 

Lepas dia cakap macam tu, dia terus pegi meninggalkan saya menangis sorang-sorang dalam kelas. Apa yang menyedihkan saya bukanlah the fact yang dia cakap saya kafir sebab apa yang saya faham masa tu, kalau bagi orang Islam, orang yang bukan Islam tu semuanya kafir. Yang buat saya sedih tu bila dia kata saya akan masuk neraka. Tapi Alhamdulillah, walaupun dia cakap macam tu, saya tak terus blame orang Islam dan kata, “Ah semua orang Islam ni sama je. Pandang rendah dekat yang bukan Islam.”

 

Dari situ saya perasan, bila ada something yang teruk jadi, macam kes kecurian for example, even kes shampoo kena kebas(ni biasa jadi dekat yang duduk dekat hostel), lebih mudah untuk menuding jari dekat yang bukan Islam dulu. Bagi saya, adalah penting untuk kita bukan sahaja bersangka baik dekat saudara seMuslim kita, tetapi jugak pada orang yang not yet Muslim(sounds more optimistic than non-Muslim). Saya bukanlah pro-not yet Muslim ni sebab I was once a non-Muslim. Bukan. Saya rasa ini adalah common sense. Selagi orang tu tak terbukti bersalah, jangan la nak tuduh apa-apa. Simple.

 

Dan dari apa yang saya pernah baca, seseorang tu hanya dirujuk kepada seorang yang kafir/kuffar setelah kita menyampaikan ajaran Islam kepadanya dan dia menolak. Kata kunci di sini ialah, menolak. So, selagi kita tak preach dekat dia pasal ajaran Islam, atau tak pernah lagi dia tau pasal ajaran Islam, bagi saya, jangan memandai-mandai nak melabel sebab kita tak tau apa yang ada dalam hati dia.

 

And based on my own experience, memang saya tak Muslim lagi masa saya form 2 tu, tapi saya percaya pada wujudnya Allah cuma takdela saya nak cakap dekat orang sebab takut orang fikir bukan-bukan. Yes, true story. Dan saya berani cakap, saya rasa bukan saya je yang rasa macam tu.

 

Agak-agak, berapa ramai yang not yet Muslim kena label as kafir sebelum sempat didakwah ek?

 

 

To be continued…yet again.

 

[Part 1]
[Part 2]
[Part 3]
[Part 4]
[Part 5]
[Part 6]

 

Sandy Nur Farah Syakirah
http://therockinghijab.blogspot.com

Related posts: