“pada setiap marhalah ada rijal-rijalnya
pada setiap marhalah ada masalahnya”
*
Abu Bakr dan ‘Umar al-Khattab r.ahuma.
Rojulain yang ditarbiyah oleh RasululLah s.a.w, namun berbeza sikap dan personaliti.
Contohnya sewaktu hijrah, Abu Bakr r.ahu dan Nabi s.a.w sedang bersembunyi di Gua Thur.
Tatkala tentera Quraisy menghampiri, Abu Bakr r.ahu risau, gusar dan gelisah sekiranya persembunyian mereka didapati oleh musyrikin Qurasiy tersebut.
Sehingga terpaksa ditenangkan oleh Rasulullah s.a.w.
Berbeza sekali dengan ‘Umar al-Khattab r.ahu, mengisytiharkan hijrahnya secara terang-terangan.
Dengan ancaman keras, akan bunuh saja sesiapa yang menghalangnya untuk berhijrah!
Begitu juga sewaktu tamatnya Perang Badr al-Kubra, tatkala RasululLah s.a.w sedang bersyura tetang tawanan-tawanan perang tersebut.
Cadangnya Abu Bakr supaya setiap tawanan dapat ditebus dengan wang dan harta supaya umat Islam dapat menambah kekuatan materi, serta dengan harapan tawanan-tawanan tersebut akan mendapat hidayah Allah.
Sebaliknya, ‘Umar mencadangkan supaya mereka semua dibunuh saja! Kerana mereka ni adalah ketua-ketua pimpinan kaum musyrikin.
Manakala… setelah kewafatan RasululLah s.a.w….
‘Umar yang hilang pertimbangan kerana kesedihan yang teramat sangat, menghunus dan menghayunkan pedangnya lantas menafikan kewafatan Rasulullah. Mengatakan bahawa baginda hanyalah berjumpa dengan Allah buat sementara, dan mengancam akan mengenakan dengan pedangnya kepada sesiapa yng berkata RasululLah telah wafat….
Hilang rasionalnya ketika itu.
Namun, Abu Bakr naik ke mimbar masjid dan berkata “bertenanglah wahai ‘Umar.”
Lantas menggantikan ‘Umar untuk berucap.
“barang siapa menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barang siapa menyembah Allah, Allah itu hidup dan tidak mati…” kata Abu Bakr, diikuti dengan bacaan ayat 144 surah aali ‘imran.
*
Begitulah lemah lembut, pendiam dan tenangnya Abu Bakr r.ahu.
Begitulah out-spoken, tegas dan kasarnya ‘Umar al-Khattab r.ahu.
Dua orang rijal yang berlainan personaliti, saling melengkapi.
Begitulah cantiknya Allah mencipta kita.
Inilah cantiknya Islam dan ukhuwah.
Cantiknya seni dalam da’wah!
Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan di jalan ini.
Yang penting, sentiasa menyumbang ke arah kebangkitan Islam
Di samping mengislah diri dari masa ke semasa.
*
Dalam peristiwa golongan yang enggan membayar zakat pada zaman Abu Bakr r.ahu, beliau bermusyawarah bersama para sahabat untuk mengendalikan masalah ni.
Cadangan ‘Umar dan kaum Muhajirin: “Wahai Khalifah Rasulullah, biarlah orang-orang melakukan solat biarpun tak membayar zakat. Kerana apabila iman telah masuk ke hati, mereka pasti membayarnya”
Jawab Abu Bakr: “demi Dzat yang jiwaku ada pada kekuasaanNya, jatuh dari langit lebih aku sukai daripada apa yang diperangi oleh Nabi s.a.w.. Saksikanlah, aku akan tetap memeranginya!”
*
naiknya Abu Bakr sebagai khalifah, membawa sedikit perubahan kepada personalitinya.
Sehingga ‘Umar pula terkejut dengan keputusan Abu Bakr untuk memerangi mereka!
Kerana beliau memahami tanggungjawab yang dipikulnya, atas dasar iman yang mendalam.
macam tu lah.
Tak perlu resah gelisah, just be yourself.
Perbaiki diri sendiri step by step, dengan bantuan dan sokongan saudara kita.
Kerana kerja kita masih panjang, dan pelbagai cabaran menanti!
Ahmad Fahmi Ruzaidi
2nd year Chemical & Pharmaceutical Eng
University of Leeds, UK
http://ahmadfahmiruzaidi.blogspot.com/


0 Comments
You can be the first one to leave a comment.