We are the Ink, You are the Pen

Siapa Tuhan Saya? [Part 3]

 

Since then, dah hampir 5 tahun belajar dekat sekolah tu. Dan makin lama, makin malas nak pegi kelas Moral. Aha. Ingat lagi masa kelas agama, usually yang non-Muslim akan keluar sebab ada kelas Moral pada masa yang sama, tapi biasanya saya akan stay sebab kadang-kadang cikgu yang mengajar Moral tak da. So duduk la dalam kelas dengar ustazah mengajar. Ustazah pun tak kisah so dengar je la. Sebenarnya, saya punya interest tu more to sirah Nabi sebab saya perasan ada banyak persamaan antara kisah Nabi dalam al-Quran dan kisah-kisah rasul dalam bible. Was not really a good Christian so macam tak tau sangat. Tapi saya perasan, ada satu je nabi yang takda disebut dalam bible, that is, Nabi Muhammad s.a.w. So masa tu macam selalu la rasa confused and selalu ada persoalan ni,

 

“Kristian tiru Islam ke Islam yang tiru Kristian?”

 

Masa tu pulak saya rapat dengan ada sorang kawan Indian ni. Dia beragama Hindu and ada satu masa tu saya pegi balik rumah dia sebab rumah saya kan jauh nun di Sarawak. Saya interested tengok dia punya cara sembahyang and being a curious(mungkin lebih kepada ‘suka menyibuk’ sebenarnya hehe)person, saya pun tanya-tanya pasal agama dia and dia kata agama Hindu adalah agama yang tertua di dunia. So I was like, oh yeah? Masa tu dah start konpius sebab macam tak tau mana kedudukan both agama Kristian dengan agama Islam kalau dia kata Hinduism yang paling awal muncul, tapi then decide untuk malas nak fikir sangat.

 

So saya go on dengan hidup saya macam biasa cumanya saya start rapat dengan group budak-budak naqibah masa dekat sekolah masa tu. Selalu la duk menyibuk nak ikut pegi surau, and kadang-kadang tu ikut ada sorang member ni pegi surau time rehat sebab dia nak pegi solat Dhuha. Masa tu la saya macam didedahkan sikit-sikit dengan ibadah-ibadah sunnah tapi macam tak ambik pusing sangat sebab rasa macam tak ada kaitan dengan diri sendiri.

 

Pejam celik pejam celik, sampai la masa untuk sambutan Maulidur Rasul. Biasanya kalau kat sekolah, since budak-budak semua tak balik, kitorang akan buat pertandingan perarakan sempena Maulidur Rasul. Dan tahun tu, tetiba saya rasa nak join berarak. Dannnn tetiba rasa menggatal nak try pakai tudung. Tak tau la kenapa tapi masa form 5 tu la macam saya expose habis saya punya minat dekat Islam. So on that day, saya pun pakaila tudung.

 

Once dah pakai, lepas habis berarak tu pun, saya still pakai lagi sebab saya tak rasa nak bukak-bukak. Tak tau la kenapa tapi for the first time, saya rasa macam secure. I don’t know how to describe that feeling tapi terus terang cakap, saya bukan jenis yang pakai tak cukup kain even before masuk Islam pun. Since kecik macam malu nak pakai skirt so biasanya saya akan pakai jeans and t-shirt. Dan saya suka pakai t-shirt lengan panjang. Selalu rasa macam malu sebab rasa macam exposed so bila pakai tudung tu, even though jadi pening-pening sebab tak biasa(panas), saya tak nak bukak sebab saya rasa selamat.

 

Tapi ofkos lepas tu kena bukak jugak sebab pelik la kalau saya duk pakai tudung takde reason. Tapi lepas tu, saya akan sentiasa cari peluang untuk pakai tudung. Sampai even masa jamuan akhir tahun rumah sukan pun saya pakai tudung. Terkejut semua cikgu masa tu sebab tetiba pulak nama saya kena panggil untuk ambik sijil dekat pentas. Nak cabut tudung tak sempat so bayangkan la betapa terketar-ketar masa tu.

 

Pernah jugak sekali, saya suarakan keinginan saya dekat kawan sebilik masa tu yang saya nak ikut dia pergi kuliah Subuh. So dalam kegelapan Subuh tu saya duk menyorok pakai tudung(camouflage la konon) ikut pegi surau nak dengar kuliah Subuh. Rasa macam kelakar sebab orang lain macam mengantuk-ngantuk tapi saya pulak yang celik dengar ustaz tu cakap padahal tak faham satu apa pun.

 

Tahun tu jugak, surau baru siap dekat asrama perempuan jadi selalu jugak la ikut kawan-kawan naqibah melepak dekat surau tu. Selalu perhati, dari start diorang ambik wudhu sampai la ke diorang bagi salam selepas sudah solat. Macam stalker pun ada tapi tu la, I was that curious. Saya selalu fikir, kenapa diorang ni dengan tegarnya solat 5 kali sehari, setiap hari pulak tu, sedangkan saya, kalau balik rumah tu, nak pegi gereja seminggu sekali for only 2 hours pun malas kot. Selalu fikir macam penat la jadi Muslim sebab duk solat je memanjang. Tapi macam amazed pun ada, sebab tak pernah pulak dengar diorang merungut-rungut. Tak tau la kan kalau ada yang merungut.

 

So satu hari tu saya tanya dekat sorang ukhti ni, kita namakan dia Bedah la ye.

“Bedah, best ke solat?” (Apa punya jenis soalan la kan? Haha)

Pastu Bedah dengan tenangnya menjawab,

“Best. Sebab bila solat, boleh luah semua masalah dekat Allah dan bila dah sudah solat rasa tenang sangat-sangat.”

 

Her answer got me thinking of course. Rasa macam, best sangat ke solat ni? Serious ke boleh rasa tenang? Masa tu terlintas rasa macam nak try solat sebab nak rasa sendiri ketenangan tu tapi ofkos, mana boleh la kan since saya bukannya Muslim pun masa tu in the first place.

 

Ada satu hari lepas tu, kawan saya pernah cakap, Allah mendengar doa orang-orang yang beriman. Lepas tu saya pun tanya, kalau non-Muslim nak doa dekat Allah boleh ke? Dia kata boleh, tapi Allah takkan dengar.

 

So one night, entah angin apa, tetiba tengah-tengah malam macam tu kot, saya bangun dan duduk atas katil, teringat apa yang kawan saya cakap. Saya tak tau kenapa, tapi masa tu, saya dah nekad nak masuk Islam tapi saya fikir, after dah kerja la kot sebab saya selalu dengar kisah-kisah orang masuk Islam then kena buang family. Masa tu, saya rasa sedih sangat tapi saya cuba untuk ber’doa’ kepada Allah.

 

So saya tadah tangan dan mula ber’doa’ macam apa yang saya pernah tengok kawan saya buat,

“Ya Allah, Kau beri la aku peluang untuk masuk Islam ya Allah. Aku tau aku belum Islam lagi tapi aku harap Kau makbulkan doa aku yang ni je. Aku tak kisah kalau Kau tak makbulkan doa aku untuk cemerlang SPM ke, tapi kalaula cuma ada satu je doa yang aku boleh mintak, aku harap aku diberi peluang masuk Islam.”

 

Betapa saya menginginkan Allah ketika itu. Hati saya yang sudah mula tersentuh dengan seruan azan ketika itu, hanya Allah yang tahu betapa tingginya harapan saya agar Dia menjadikan saya seorang Islam.

 

Malam itu menjadi saksi saat air mata penuh pengharapan jatuh buat pertama kalinya, namun Allah lebih mengetahui sebaik-baik perjalanan untuk hambaNya.

 

Di usia 17 tahun, akhirnya saya tahu siapa Tuhan saya tapi persoalan lain pulak yang timbul lepas tu: Bagaimana saya mahu kembali padaNya?

 

Dan bila?

 

 

To be continued.

 

[Part 1]
[Part 2]
[Part 3]
[Part 4]
[Part 5]
[Part 6]

 

Sandy Nur Farah Syakirah
http://therockinghijab.blogspot.com

Related posts:


3 Comments

  1. subhanallah..ya ukhti, sungguh Allah tak pernah zalim walau macam mana pun permulaan hidup kita..sangat Maha Baik dan Cintanya Allah pada kita..(T_T)

  2. Great!

    (*___*)
    Abgbent

  3. ya Allah,sungguh aq terharu dan sebak……… dia mncri MU ya Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published.


8 + five =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>