Tak lama kemudian, saya mendaftar untuk PLKN. Masa dekat PLKN, saya jumpa balik dengan kawan-kawan masa saya sekolah rendah and one of them is a very devout Christian. And dia ni memang aktif la dekat gereja. So bila saya rapat dengan dia, saya start pergi gereja balik, willingly tapi saya masih question kenapa saya kena pegi gereja sebab saya masih tak boleh terima konsep trinity tu.
So bila saya dah mula selalu pergi gereja, saya mula ber’taubat’ sebab saya fikir maybe saya inclined dekat Islam sebab saya dah lama tinggalkan gereja. Memang lupa habis pasal niat nak masuk Islam masa tu.
Kalau dalam agama Kristian, ada satu benda ni yang kita(ok, bukan kita, tapi diorang) kena buat kalau nak bertaubat, that is the upacara pengampunan dosa. So saya pegi la dekat booth pengampunan dosa tu and bila dah masuk saya cakap la dekat paderi tu saya dah lama tak pergi gereja dan saya dah banyak buat salah etc. (You have to spill it all out. Your sins. All of it.)
Then paderi pun bagi la saya ‘hukuman’ that is, a few doa yang saya kena recite in order to ‘cleanse’ my soul. And by that, semua dosa saya akan dihapuskan.
After dah keluar dari booth tu, saya pun recite la doa-doa tu tapi afterwards, saya masih rasa tak tenang.
Dan sebenarnya, saya selalu fikir, kenapa nak cakap semua dosa-dosa kita dekat paderi tu? Bukan ke dosa ni urusan kita dengan Tuhan?
Dan lagi satu yang saya terfikir, macam mana kalau orang ni bunuh orang then dia mengaku dosa dekat paderi and was purified. Then esok dia bunuh orang lagi dan mengaku dosa lagi and purified lagi. Was it really that easy? And is that fair?
Banyak yang selalu saya persoalkan when it comes to my religion back then dan salah satu sebab kenapa saya minat dekat Islam masa tu ialah sebab never once did I question the teachings of Islam. Saya rasa Islam adalah agama yang logic dan the reason yang ada orang Islam yang tak baik is because diorang tak ikut betul-betul agama Islam. I have always had high regards when it comes to the religion of Islam and never have I associated the behaviour of most Muslims to the teaching of Islam itself. Alhamdulillah for that sebab kalau la saya tengok Islam pada Muslimnya, perhaps I’d rather stay being a Christian.
Sorry to say, but majority of Muslims, aren’t really portraying the deen nowadays. So yeah, kind of easy to imagine why certain people are reluctant to become a Muslim sebab ada certain not yet Muslims yang tak didedahkan sangat dengan agama Islam. Perhaps diorang sekolah cina/tamil so tak pernah bergaul dengan Muslims dan diorang punya views of Islam totally dependent on the media(which doesn’t help much, with the ongoing politics issue and all) and also dekat how the Muslims themselves act.
Dan jugak, the issue of halal & haram. Saya ingat lagi, dulu, kawan saya pernah tanya,
“Makan babi tak?”
Obviyesli la saya pernah makan. I was from a non-Muslim family so memang pernah je makan. And bila saya jawab, makan, dia buat muka geli. Like I was something disgusting.
“Babi tu sedap tak?”
And saya macam reluctant nak jawab sebab dah dia buat muka macam tu. Truth is, I was really hurt by that. Bagi saya, ofkos saya tak geli la sebab saya dah dibiasakan dari kecik.
Even daddy saya macam terasa kadang-kadang bila ada relative yang dah Muslim yang tak nak makan dekat rumah kitorang sebab takut kitorang bagi makan makanan tak halal. Padahal mummy saya siap sorok kalau ada and kalau masak pun akan prepare makanan yang halal supaya diorang boleh makan. Rasa macam orang Islam ni pandang rendah dekat non-Muslims semata-mata sebab kitorang makan ‘makanan tak halal’.
Tapi anyways, yang lawaknya, bila bab makan pandai pulak nak beza halal dan haram, bila bab lain, for example, berjudi etc, okay pulak nak makan hasil duit haram kan? Or bercouple pegang-pegang tangan semua. Yang tu tak haram pulak.
Eh, panjang pulak membebel.
Moving on.
So bila dekat PLKN tu, kira saya macam ber’taubat’, kembali ke pangkal jalan la lebih kurang. Pernah sekali saya macam menangis-nangis dalam gereja sebab feeling habis masa tu rasa macam dah jauh meninggalkan Tuhan blablabla tapi tengah syok-syok nangis penuh penyesalan tu, tetiba kawan saya tegur,
“Mana boleh nangis dalam gereja. Tak elok la.”
Then saya macam, eh, kacau daun betul. Terus terfikir, habis Tuhan ni ada time happy happy je ke?
Terus saya macam terflashback balik masa saya dekat sekolah dulu, saya selalu persoalkan kebersamaan saya dengan Tuhan. Bila sembahyang just once a week, takkan la dengan Tuhan masa hari Ahad je? Dan Tuhan tu ada dekat gereja je ke?
So, you can imagine apa yang saya rasa bila saya tengok Muslims solat for like, 5 times a day and everyday pulak tu, and boleh solat di mana-mana pulak tu.
Like I said, the teachings of Islam ni, kalau fikir, memang sangat logik dan menepati fitrah manusia yang sentiasa memerlukan Tuhan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dan itu apa yang saya fikir masa tu.
Tapi saya mula hilang arah balik. Lepas balik dari PLKN, saya masih ke gereja tapi saya masih rasa ada something yang tak kena dengan hidup saya. Ada something missing.
Something.
To be continuously continued.
[Part 1]
[Part 2]
[Part 3]
[Part 4]
[Part 5]
[Part 6]
Sandy Nur Farah Syakirah
http://therockinghijab.


0 Comments
You can be the first one to leave a comment.