Dulu kala, aku ada buat status facebook,
“Terjumpa gadis lawa ketika pulang terawih. Bertelekung siap, esok pergi terawih lagi”
Lebih kurang macam tu la… aku pon tak ingat. Macam biasa mesti ada orang komen, ada dua komen yang macam tak best:
Satu:
“Tak ikhlas tak gune”
Dua:
“Perempuan ke tuhan kau?”
Tajam bukan?
Orang-orang yang memberi komen itu dahulunya aku panggil: “Ahli Syurga”
ataupun: “Geng Lebai”
Padahal sebenarnya niat aku melawak je… dan-dan tu kena… Dulu ada orang tanya kenapa orang ajak berbulatan gembira aku lari,
Inilah sebabnya:
“Korang menghukum”
Tp tu cerita lain..
Bagi aku agak kasar teguran itu… dan bagi aku itu satu perlian… Dan konsep pemahaman aku terhadap perli adalah:
“Kita perli orang sebab kita buat betul, dan orang tu salah”
Contoh:
Kita janji dengan member sampai pukul 9, tapi dye sampai pukul 10… Kita pon cakap,
“Aik bro, salah tengok jam ke?”
********************
Aku ni memang liatlah nak nampak muka kat surau. Dululah, sekarang nampak muka tapi tak selalu… Ada sekali dekat KMB tu aku pon terbuka hati nak ke surau. Aku pon pergi bersalam dengan “geng surau”
Dia kata:
“Wooo, sejuknya tangan”
Tapi ni mungkin bukan perli, aku je sensitif lebih
********************
Tapi tak semestinya perli tak boleh digunakan. Contoh yang boleh bagi aku…
Cikgu Surinam,
Cikgu Matematik aku dekat KMB dulu hari-hari pesan suruh aku jumpa dye tanya soalan matematik. Tapi aku tak pernah pergi, semester 2 sekali pon aku tak jumpa. Tiba-tiba bila result hancur, semester 3 aku pon jumpa la cikgu itu, sekali cikgu tu jawab:
“Eh Akmal, demam ke datang jumpa saya?“
**********************
Tapi sebenarnya… Bila kita perli orang, sebenarnya kita nak bagi dye “panas” atau kita nak bagi die “sedar”? Cuba check balik niat kita
Kawan aku selalu pesan,
“Kita bukan nak buktikan kita betul, kita nak bagitahu apa yang dia buat tu salah”
Susah tu nak buat sebenarnya
******************
Satu hari… Mereka meeting-meeting, tiba-tiba resolusi bagi aku satu tugasan, aku cakap la tak nak sebab rasa tak mampu,
Sekali kena:
“Kau ni nak masuk syurga ke tak?”
Ambik kena sebijik. Tapi ni aku tak terasa hati pon…. Tapi ni mungkin bukan perli, sebab orang yang cakap ni pon tak masuk syurga lagi. Mungkin ini lebih kepada gaya bahasa soalan retorik, soalan yang memang jawapannya jelas.
“Ya, saya mahu masuk syurga”
**********************************
Aku pon tak tahu nak ending post ni camne.. Susunan pon berterabur,
Pantun la skit:
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut banyaklah dosa.
Sedapnya pulut dibuat kuih Seri Muka,
Dek kerana mulut aku masuk neraka.
Ini baru nikmat mulut (kata-kata)
Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan????
-Surah Ar-Rahman”
Akmal Aliff
http://akmal-aliff89.blogspot.com/


0 Comments
You can be the first one to leave a comment.