Setelah seharian menghadiri kuliah di university, bertungkus lumus mencatat isi-isi utama yang disampaikan oleh lecturer, kemudian berulang alik dari satu bangunan ke bangunan lain, badan ini sudah menjadi letih, minda mula memberontak mahukan rehat. Maka apabila tiba di bilik tubuh yang terasa berat segera berlabuh di atas katil yang empuk. Tangan mula meraba2 di bawah bantal mencari IPod Shuffleku sebagai halwa telinga. Apabila butang play ditekan maka beralunlah bacaan ayat suci alQuran, surah al-Insyirah dari Sheikh MIsyari. Eh asal ada bacaan Quran pulak ni? Warna biru pulak tu, rasenye pagi tadi warna silver lagi. Owh bukan iPod aku rupanya. Tapi best jugak layan Quran ni, mungkin inilah yang naqibku dulu selalu cakap iaitu ‘hanya dengan mengingati Allah lah hati mencapai ketenangan hakiki’.
AlQuran. Sebuah kitab yang mana melaluinya Syed Qutb berjaya menikmati kefahaman yang sempurna dan meliputi, merasa adanya keseimbangan yang indah di antara manusia dan alam buana yang diciptakn oleh Al Khaliq Yang Maha Bijaksana. Memetik kata-kata Karen Armstrong di dalam bukunya ‘Muhammad; prophet for our time’: “Their scripture, the Quran, gave them a mission: to create a just and decent society, in which all members were treated with respect. The political being of the Muslims community was and is, a matter of supreme importance”.
Obat hati… ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran
dan maknanya…
(tombo ati,Opick)
Macam ni eh rasenye bile membaca alQuran? Hurm.. AlQuran yang berada di tepi lampu tidur dicapai dan dibuka zipnya. Bermula dengan ummul Quran al Fatihah kemudian diikuti dengan surah alBaqarah. Ku membacanya sampai ayat ke5. Dari situ timbul suatu ketenangan, sebuah perasaan yang susah untuk diungkai melalui kata-kata. Namun pelik, mengapa tak rasa sangat power seperti yang dirasakan oleh Syed Qutb. Kenapa tak rasa berbekas seperti mana membaca novel2 seperti “Have a little faith” Mitch albom atau “Versus” Hlovate? Mungkin kerana tak faham sangat kot. Maka terjemahan yang disediakan di tepi itu dibaca. Bermula dari alFatihah dan disteruskan dengan ayat 1-5 alBaqarah.
“kitab (alQuran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,” 2:2
Maka tujuan turunnya alQuran ini adalah menjadi petunjuk,pemisah antara kebenaran dan kebatilan[2] menjadi rahmat[3] bagi orang-orang yang beriman. Menjawab rintihan ku dalam setiap rakaat solat “tunjukilah kami jalan yang mustaqim”.
Ada seorang pesakit yang telah meminta kepada Doktornya akan khidmat nasihat tentang bagaimana untuk mengubati penyakitnya. Lalu Doktor itu menuliskan sebuah manual; langkah-langkah yang perlu diambil dan juga ubat-ubat yang perlu dimakan setiap hari bersama sukatan nya. Manual itu diserahkan kepada pesakit itu. Kemudian pesakit itu hanya membaca manual perubatan itu. Tiada apa-apa tindakan susulan selepas itu, boleh jadi dia tidak berapa faham atau mungkin dia merasa agak sukar untuk melakukan apa yang disuruh atau mungkin kerana dia tidak berapa kisah. Akan tetapi pesakit itu yakin dan percaya dia akan sembuh kerana dia telah membaca manual itu, bukan sekali malah berulang-ulang kali. Boleh ke?
Macam tak logic jer. Of course ah bace je takkan sembuh. Kena lah buat ape yang doctor tu listkan dan ubat-ubat nya perlu dibeli dan dimakan mengikut sukatan. Kalo ada perkara yang tak faham (e.g doctor tu pakai medical term macam ‘intermittent claudication’) kena usaha untuk fahamkan dengan apa cara seklaipun. Bila dah baca dan faham kemudian buat barulah boleh sembuh(bi idznillah) . Kan?
Begitulah juga halnya dengan alQuran ini. Allah SWT telah menegaskan bahawa tiada sebarang kesalahan pun di dalam nya malah Allah akan melindunginya dari sebarang kepalsuan kerana Dialah yang menurunkan peringatan ini.[4] AlQuran adalah petunjuk yang ultimate bagi seorang muslim dalam menyelusuri hidupnya. AlQuran ini bukan sahaja perlu dibaca malah difahami dan tidak cukup dengan itu perlu lahirnya tindakan dari kefahaman itu.
Percayalah bahawa alQuran ini adalah mukjizat yang tiada tolok bandingnya. Di antara ciri-ciri nya ialah telah dimudahkan untuk dihafaz, difahami dan dibaca. Pada hari ini kita dapati puluhan ribu muslim yang menghafaz alQuran dan sebahagian besarnya ialah anak-anak yang masih belum baligh. SubhanaAllah! Jika diteliti perhatian orang-orang Kristian terhadap Kitab Suci mereka, kita akan mendapati amat sedikit yang hafal isinya, tidak setengahnya, atau seperempatnya, dari kalangan orang-orang yang beriman dengan kitab itu, hingga para rahib, pendeta, uskup dan kardinal sekalipun tidak ramai yang hafal kitab suci mereka. Sementara dengan Al Quran, kita mendapati banyak non-Arab yang hafalannya amat bagus: seperti saudara-saudara kita dari India, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Senegal dan Muslim Asia-Afrika lainnya, padahal mereka tidak memahami bahasa Arab. Malah bacaan saudara-sauidara kita di Malaysia, Indonesia dan Afrika sangat baik hingga mampu menjadi Johan Tilawah antarabangsa. Kami pernah menguji mereka dalam musabaqah-musabaqah menghafal Al Quran di negeri Qatar, dan didapati salah seorang dari mereka ada yang menghafal dengan bagusnya sehingga seperti sebuah kaset rekaman Al Quran, tidak melupakan satu huruf-pun dari Al Quran, atau satu kata darinya, namun demikian, saat ditanyakan (dengan bahasa Arab): siapa nama Anda? Ia tidak dapat menjawab! Karena ia tidak memahami bahasa Arab.
So actually it is not really impossible la.. It is difficult in the beginning but with enough effort we can DO it be it in memorizing it or in understanding it or even more importantly to put it into practice..
“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?.”
(Al Qamar:17)
Note to self: hopefully one day aku juga boleh rase mcm ape yg tok-tok syeikh ni rase bile bace Quran :D
Bila kamu di sisi ku… hati rasa syahdu..
Satu hari tak bertemu.. hati rasa rindu..
Duhai kekasihku.. AlQuran kitabku..
(petikan dari buku tulisan Solikhin Abu ‘Izzuddin)
[1] Al Baqarah 53
[2] Al isra 82
[3] AlHijr:9
Ashraf Zakwan Abdullah Zawawi


0 Comments
You can be the first one to leave a comment.