Agama dan Budaya, aku dimana?
Alhamdulillah, hari nih aku diberi kesempatan mendapat tempat di dalam dewan utama solat.Jarang sekali aku dapat kesempatan ini kerana jemaah lain tiba lebih awal dari aku. Sebelum khutbah dimulakan, imam akan memberi tazkirah ringkas dimulakan dengan petikan ayat suci al-Quran.
ا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلالاً طَيِّباً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaithan; karena sesungguhnya syaithan adalah musuh yang nyata bagimu.” (QS. Al Baqarah:168)
Imam menegaskan bahawa dewasa ini, dalam manusia mengejar kehidupan , kita sentiasa meletakkan agama di belakang. Seringkali kita meletakkan matlamat dunia itu sebagai yang utama dan terlepas pandang mengenai ajaran suci Islam. Sambil itu, imam turut menegaskan apabila kita mengejar dunia, seolah-seolah kita semakin kebelakang,bukannya kehadapan. Sememangnya realiti umat islam di muka bumi ini sedang menghadapi masalah ini. Apa yang kita kejarkan di dunia ini tidaklah berkekalan kerana ia sementara, namun akhirat jualah tempat tinggal selamanya. Banyak kali beliau mengulangi perkataan “后世”yang bermaksud dunia selepas ini (akhirat).
Turut menyentuh situasi Muslim di China, beliau turut menyatakan kesedihan beliau apabila ramai lagi umat Islam di China terutamanya masih buta tentang Islam. Disini aku nak menceritakan 2 kisah yang beliau ceritakan pada hari Jumaat semalam.
Kes 1
Imam : Kamu makan daging apa?
Pemuda : Lembu.
Imam: Bagus, tapi adakah ianya disembelih seperti yang disyariatkan (halal) ?
Pemuda : Ntah, saya pakai beli jer.
*Pemuda itu merupakan muslim.
Kes 2
Imam pernah berbual dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya muslim. Namun apabila ditanya aspek pemakanan , pemuda itu menjawab bahawa dia tidak akan makan makanan yang tidak halal kerana BANGSA saya memang tidak makan makanan tidak halal.
*Pemuda itu merupakan pemuda dari bangsa Hui iaitu antara bangsa yang majoritinya Islam, namun disebabkan kekeliruan, dia tidak dapat membezakan suruhan agama ataupun bangsa(budaya).
Sangat pahit untuk ditelan,namun itulah realiti umat kita sekarang. Sebelum mengakhiri tazkirah, imam menyeru umat Islam supaya bukan sahaja maju dalam kehidupan dunia, tapi turut maju dalam bidang agama.
Pada pendapat aku, memang patut rakyat mereka keliru. Ianya disebabkan sejarah China yang panjang yang dicampur adukkan dengan pelbagai ideologi yang dibawa masuk setelah gulingnya maharaja terakhir semasa Dinasti Qing pada tahun 1911. Perkara ini tidak dapat diselesaikan selagi Islam yang sebenar tidak diamalkan.
Fadh
http://fadhtastic.blogspot.com
